Wednesday, May 21, 2014

Tasha harap kontroversi selesai


utusan malaysia terkini

Tasha harap kontroversi selesai


Berita Pantas92

Tasha harap kontroversi selesai


Bagaimanapun, ia memberi impak positif dan negatif. Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari perkara yang dikongsikan seperti sekeping gambar mahupun kata-kata mampu menimbulkan reaksi tidak dijang­ka.


***Masa untuk mendapati bahawa gambar 'masalah sulit'   [ klik untuk selanjutnya  ] 


Begitulah juga yang terjadi kepada pelakon jelita Natasha Sheila Abdul Razak atau Tasha Shilla, 27, baru-baru ini apabila gambar perubahan pada buah dada­nya ternyata menjadi bualan hangat dan diperbesarkan.


Foto
TASHA bersama teman lelakinya, Hans seorang jaguh Muay Thai.


Hanya kerana sekeping gambar itu, pelakon terbabit terpalit dengan pelbagai dakwaan mempersoalkan adakah benar perubahan itu disebabkan pengambilan produk ataupun ‘dibuat’.


Mana tidaknya, gambar itu juga sekali gus menjadi ‘viral’ sehinggakan Ta­sha sendiri terpaksa tampil de­ngan penjelasan dan ter­nyata perubahan itu memang hasil daripada pe­ngambilan produknya.

Apapun, sudah menjadi adat di mana ada saja di luar sana yang tidak puas-hati dan masih berteka-teki, Wartawan RAP, Georgie Joseph (georgie@hmetro.com.my) mendapatkan sendiri penjelasan daripada Tasha, baru-baru ini. RAP: Selepas isu itu menjadi besar dan gambar berkenaan tersebar, apakah perasaan Tasha pada ketika itu? Malu, terhina, tertekan?

TASHA: Saya sebenar­nya tidak rasa malu ataupun terhina tetapi apa yang paling mengecewakan saya apabila membaca komen-komen agak kasar pada gambar itu. Namun saya tidak nafikan agak tertekan juga kerana niat saya semata-mata adalah untuk berkongsi tapi bertukar sebaliknya pula dan disalah­ertikan.


RAP: Apakah pengajaran yang Tasha dapat daripada isu berkenaan?

TASHA: Pastinya saya lebih berhati-hati selepas ini sebelum berkongsi sesuatu. Banyak perkara yang kita tidak boleh jangka dan kalau beringat macam mana pun kesannya sukar diduga.


RAP: Bercakap mengenai produk kecantikan itu sendiri, adakah penting bagi Tasha untuk mengambil pendekatan sebegitu?

TASHA: Bagi saya memang penting kerana sebelum menjadi artis pun saya sudah mula mengamalkan pengambilan pelbagai produk seperti jamu. Apabila ada produk sebegitu, sebagai wanita penjagaan keseluruhan badan itu sangat penting untuk tampil lebih yakin. Bagaimanapun, perlu berhati-hati juga apabila memilih produk.


RAP: Adakah Tasha berpuas hati dengan bentuk badan sekarang?

TASHA: Sangat berpuas hati kerana mungkin lain orang lain caranya tapi untuk saya tampil lebih yakin, kecantikan tubuh badan itu adalah perkara yang sa­ngat saya titik beratkan. Bagaimanapun, untuk mencapai bentuk badan yang cantik tidak semestinya bergantung kepada produk saja, namun perlu seiring dengan senaman juga.


RAP: Lupakan mengenai isu berkenaan, Tasha se­olah-olah kurang kelihatan di kaca TV sekarang.

TASHA: Sebenarnya sejak enam bulan yang lalu saya sibuk menjalani penggambaran tanpa henti dan banyak produk saya belum ditayangkan setakat ini. Itulah sebabnya saya kurang kelihatan dan sekarang ini pun saya sedang menjalani penggambaran untuk drama Aku Tak Sempurna, Kasih Berbisik dan beberapa drama hari raya.


RAP: Kerap kelihatan tampil bersama kekasih, bagaimana pula titik kemuncak hubungan anda berdua?

TASHA: Biarlah kami merancang saja dan Tuhan menentukan selebihnya.



No comments:

Post a Comment