Saturday, May 24, 2014

PRK Teluk Intan : Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui Di Masjid, DAP Buat Laporan Polis


utusan malaysia terkini

PRK Teluk Intan : Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui Di Masjid, DAP Buat Laporan Polis


IdaMan

PRK Teluk Intan : Gambar Bikini Palsu Dyana Sofya Ditemui Di Masjid, DAP Buat Laporan Polis


Gambar bikini palsu Dyana Sofya yang diedarkan di sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.
Gambar bikini palsu Dyana Sofya yang diedarkan di sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan
DAP Buat Laporan Polis Berhubung Penyebaran Gambar Dyana Didakwa Berbikini

[mstar]- DAP pada Sabtu membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar seorang wanita berbikini yang didakwa calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Laporan polis itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Lee Chuan How dan Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani dari DAP pada kira-kira pukul 6 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini.

Lee berkata, gambar bikini itu kononnya dipakai oleh Dyana telah disebarkan di sekitar kawasan Changkat Jong dekat sini.

Menurutnya, ia merupakan satu fitnah semata-mata kerana wanita di dalam gambar itu sebenarnya adalah pelakon Filipina, Pauleen Luna.

"Kita menolak sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini yang menjatuhkan maruah seorang wanita.

"Kita tidak perlukan kempen yang jahat seperti ini kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis.

Sebelum ini, Dyana menafikan gambar berkenaan adalah dirinya dan sudah membuat penjelasan bahawa wanita itu merupakan pelakon Filipina, Pauleen Luna.


          Gambar bikini palsu Dyana Sofya ditemui di masjid, kampung Melayu

Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.

“PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.

"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.

DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu.

Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.

Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, membuat laporan bagi pihak Dyana Sofya hari ini, bagi menggagalkan usaha-usaha memerangkap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu.

"Saya menyeru Datuk Mah Siew Keong mengutuk politik fitnah ini. Jika beliau tidak berkata apa-apa, saya menganggapnya bersubahat dalam usaha mencemarkan Dyana dengan pembohongan ini," kata Lee.

Sejak pencalonan Dyana Sofya diumumkan, beliau menjadi mangsa kempen memburuk-burukkan di Internet yang digambarkan penganalisis sebagai percubaan mengurangi ciri kemelayuan beliau.

Beberapa pemuda juga menganggu sesi lawatan beliau, tetapi pencabarnya, Mah daripada Barisan Nasional (BN) menafikan beliau terlibat.

The Malaysian Insider






No comments:

Post a Comment