utusan malaysia terkini
PRK Parlimen Telok Intan Terbersih, Umno BN Gagal Mengotakan Janjinya
IdaMan
PRK Parlimen Telok Intan Terbersih, Umno BN Gagal Mengotakan Janjinya
DAP edar 1,000 risalah jawab fitnah, kesal BN mungkir janji wujud PRK terbersih |
Gambar itu sebenarnya adalah milik aktress jelita Filipina didapatidisebarkan di beberapa perkampungan Melayu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong, Telok Intan.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching, berkata tindakan itu jelas menunjukkan BN sememangnya tidak boleh diharapkan dalam memainkan peranan bagi membentuk mentaliti budaya politik yang sihat dan perubahan positif lain di kalangan masyarakat negara ini.
“Walaupun Presiden Parti Gerakan ada berjanji untuk jadikan PRK kali ini sebagai terbersih tetapi jelas menunjukkan beliau gagal membendung jentera kempennya menggunakan taktik kotor, bahhan sejak penamaan calon kita nampak pelbagai taktik kotor digunakan.
“Ini jelas menunjukkan BN tidak boleh diharap untuk memberi contoh yang baik kepada rakyat negara ini dengan mengedarkan gambar fitnah.
Ini perbuatan melampau,” kata Nie Ching ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Nie Ching berkata, DAP sudah mencetak kira-kira 1,000 keping risalah bagi menjelaskan keadaan sebenar untuk diedarkan di kawasan yang menjadi sasaran risalah fitnah BN sebelum ini.
Katanya, satu laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Teluk Intan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mewakili DAP pada jam 6.00 petang, semalam dan berharap tindakan segera dapat diambil pihak bertanggungjawab.
Bagaimanapun Nie Ching berkata, ketika ini Dyana Sofya tetap tenang menghadapi situasi serangan fitnah BN dan terus fokus kepada kempen, sekali gus mencapai sasaran menang dalam PRK kali ini.
“Perbuatan ini tidak adil kepada Dyana dan tentu dia tidak gembira kerana menjatuhkan maruahnya tetapi tetap ‘cool’ menghadapi situasi ini dan kami nasihatkan terus fokus kepada kempen.
“Saya harap pengundi boleh berfikir dan menilai dengan bijak, menolak fitnah dengan menolak parti yang menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menewaskan lawan,” katanya.
- selangorkini
No comments:
Post a Comment