utusan malaysia terkini
Tiada Operasi Besar-Besaran Cermin Gelap, Buat Masa Ini - JPJ
IdaMan
Tiada Operasi Besar-Besaran Cermin Gelap, Buat Masa Ini - JPJ
[gambar fail] |
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad turut menafikan mereka tidak membenarkan langsung penggunaan cermin gelap pada kenderaan.
"JPJ hanya mahu mahu memastikan semua penggunaan cermin gelap itu diluluskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, itu sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang di Rawang hari ini.
Beliau mengulas kerisauan orang ramai berhubung operasi cermin gelap secara besar-besaran bermula 16 Jun ini, seperti yang diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PDRM sebelum ini dilapor memberi tempoh sehingga 15 Jun untuk pemilik menukar atau menanggalkan lapisan penebat haba yang terlalu gelap pada cermin kenderaan masing-masing-masing atau berdepan kompaun RM300.
Tempoh yang sama juga diberi kepada pemilik kenderaan menukar nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.
Ditanya kemungkinan undang-undang berkaitan cermin gelap akan dipinda, Ismail berkata perkara itu akan dikaji secara menyeluruh dalam satu bengkel khas bermula 2 Jun ini di Shah Alam.
"Semua pihak berkepentingan akan menyertai bengkel itu, contohnya PDRM akan tengok dari aspek jenayah mengenai tahap kegelapan yang sesuai, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula akan tengok dari segi kalau gelap sangat ditakuti aktiviti yang tidak diingini di dalam kereta boleh berlaku,
mengenai cuaca panas pun ada kebenarannya, jadi isu ini akan dikaji secara menyeluruh supaya keputusan yang dibuat nanti dapat memenuhi kehendak semua pihak," katanya.
Mengulas mengenai program SKSJ, Ismail berkata, program yang julung kali diadakan di Selangor itu bertujuan membantu masyarakat luar bandar, khususnya individu berumur 40 tahun ke atas mendapatkan lesen menunggang motosikal kelas B2.
"Kita sudah memutuskan untuk mengadakan program SKSJ di Selangor sebanyak tiga kali dalam setahun supaya lebih ramai golongan berumur 40 tahun ke atas di luar bandar berjaya memiliki lesen memandu motosikal kelas B2.
Program SKSJ dilaksanakan JPJ sejak 2009 untuk membantu golongan sasar yang tidak mahir menggunakan komputer serta kurang berkemampuan, mendapatkan lesen menunggang motosikal kelas B2 dengan bayaran serendah RM150.
Ismail berkata setakat ini hampir 70,000 peserta program SKSJ di seluruh negara berjaya memiliki lesen memandu kelas B2.
Dalam program selama dua hari yang bermula semalam, 273 individu berumur 40 tahun ke atas di DUN Kuang berjaya menamatkan kursus sekali gus melayakkan mereka memperoleh lesen memandu kelas B2.
- Bernama
No comments:
Post a Comment