Tuesday, May 27, 2014

Dyana bentang manifesto, mahu menetap di Teluk Intan, perkasakan wanita


utusan malaysia terkini

Dyana bentang manifesto, mahu menetap di Teluk Intan, perkasakan wanita


indah.com

Dyana bentang manifesto, mahu menetap di Teluk Intan, perkasakan wanita

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK May 27, 2014
Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menunjukkan manifesto beliau semasa sidang media DAP di Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014.  
Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menunjukkan manifesto beliau semasa sidang media DAP di Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014. Dyana Sofya Mohd Daud hari ini membentangkan manifestonya dan berazam mahu menetap di Teluk Intan sekiranya terpilih sebagai ahli Parlimen di kawasan itu.

Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu turut mahu memperjuangkan perwakilan wanita sebanyak 30% di Parlimen selain jawatan utama dalam sektor swasta dan kerajaan.
"Sekiranya diberi mandat, saya juga akan menetap di Teluk Intan dan menggunakan amanat sebagai duta pekan yang indah ini untuk menarik perhatian Parlimen kepada isu yang penting buat rakyat.


 "Saya juga menuntut caruman sosial wanita dilaksanakan seperti mana yang dinyatakan Pakatan Rakyat (PR) di mana setiap isteri berhak dilindungi di bawah skim ini," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam kempennya minggu lalu melihat calon luar seperti Dyana tidak akan dapat berkhidmat kepada rakyat sebagai mana wakil rakyat DAP terdahulu.
Dyana berkata sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, apa yang ingin diperjuangkannya adalah memecahkan benteng pekauman yang sekian lama membelenggu rakyat Malaysia.
Katanya, politik baru yang ingin diketengahkannya adalah politik berlandaskan dasar yang membawa pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Saya mewakili generasi muda untuk membawa satu politik baru buat masa depan negara. Jika dipilih saya akan berusaha melawan rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran kewangan negara.
“Saya juga akan memperjuangkan tadbir urus yang baik, bersih dan telus sebagai mana yang dilakukan kerajaan negeri PR,” katanya. – 27 Mei, 2014. The Malaysian Insider






No comments:

Post a Comment