Tuesday, May 27, 2014

Dyana Sofya adalah seorang Peguambela dan Peguamcara yang sah


utusan malaysia terkini

Dyana Sofya adalah seorang Peguambela dan Peguamcara yang sah


indah.com

Dyana Sofya adalah seorang Peguambela dan Peguamcara yang sah

MUHAMMAD FAIZAL | 27 Mei 2014.  Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam
TELUK INTAN: Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mendakwa bahawa beliau merupakan seorang peguam yang sah.

Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.

"Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.

"Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam," jelasnya.

Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.

Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. - HARAKAHDAILY 26/5/2015






No comments:

Post a Comment