utusan malaysia terkini
PRK Teluk Intan : 'Undi GERAKAN Dapat Wifi', Dyana Bidas Menteri Multimedia Dan Komunikasi
IdaMan
PRK Teluk Intan : 'Undi GERAKAN Dapat Wifi', Dyana Bidas Menteri Multimedia Dan Komunikasi
Dyana: Politik samseng tiada tempat di Malaysia
[sinar]- Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, menegaskan bahawa amalan politik samseng seharusnya ditolak oleh semua rakyat Malaysia.
Jelas Dyana Sofya, ini kerana amalan politik samseng tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik.
"Saya beberapa kali di kacau oleh samseng politik ketika berkempen.
"Ada yang guna motor untuk kacau kempen saya,ada yang pasang muzik kuat-kuat ketika saya sampaikan ceramah.
"Entahlah saya pun tidak tahu, benci sangat mereka dengan saya, tetapi bagi saya janganlah guna taktik samseng dalam berpolitik.
"Oleh itu, satu sahaja pesanan saya, amalan politik samseng tiada tempat di Malaysia, kerana rakyat akan melihat dan menilai, kalau mengamalkan budaya samseng, kelak rakyat tolak kamu," katanya ketika menyampaikan ceramah di Padang Anson semalam.
Sementara menggulas mengenai tawaran Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Shabery Chik kepada penduduk Teluk Intan sekiranya memilih calon BN Datuk Mah Siew Keong penduduk akan menikmati kemudahan Wifi, Dyana berkata itu sememangnya menjadi tanggunjawab menteri tersebut.
"Undi Gerakan dapat Wifi, tidak kisah Wifi itu memang kerja kamu, itu hak rakyat," katanya.
PRK Parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Dyana dengan calon BN Mah.
Ianya diadakan berikutan wakil rakyatnya dariDAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.
No comments:
Post a Comment