Wednesday, May 21, 2014

Bayi lahir dengan kepala tambahan di perut


utusan malaysia terkini

Bayi lahir dengan kepala tambahan di perut


indah.com

Bayi lahir dengan kepala tambahan di perut

baby (1)
Jaipur – Seorang ibu muda, Amlekha Bairva yang berusia 22 tahun tidak menyangka bahawa bayi yang dilahirkannya mempunyai satu lagi kepala dan ia terlekat di bahagian perut bayinya itu.

Doktor menyifatkan kepala tambahan itu merupakan kembar parasit yang melekat pada bayi perempuan tersebut, yang dilahirkan pada bulan lepas secara normal.
Bayi itu yang belum diberikan nama kini diletakkan di dalam perhatian pegawai perubatan di Hospital JK Lone.

Doktor kini berharap untuk menjalankan pembedahan untuk membuang kepala tambahan itu sebaik sahaja keadaannya stabil.
Menurut pakar pediatrik, Dr Chetan Sharma,kebiasaannya pembedahan bagi membuang kembar parasit ini selalunya berjaya.
“Bayi ini sihat dan mempunyai denyutan jantung yang normal. Dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dalaman atau luaran,’’ katanya.

Dalam pada itu, Amlekha dan suaminya, Ramji Lal Bairva 29, juga mempunyai anak lelaki berusia lima tahun berasal dari keluarga miskin hinggakan mereka tidak dapat mengesan keadaan bayi tersebut ketika dalam kandungan.
“Saya amat terkejut apabila menyaksikan keadaan anak saya itu. Saya tidak membawa isteri saya berjumpa doktor semasa mengandung kerana kami tiada wang.

“Bila melihat keadaannya saya amat terkejut dan tidak dapat memangkunya. Saya yakin pada Tuhan bahawa pembedahan itu akan berjaya,’’ katanya, lapor Mynewshub.






No comments:

Post a Comment