Wednesday, May 28, 2014

Ahli DAP yang setia terkejut diumum sokong BN.....Macam-macam drama depa reka


utusan malaysia terkini

Ahli DAP yang setia terkejut diumum sokong BN.....Macam-macam drama depa reka


indah.com

Ahli DAP yang setia terkejut diumum sokong BN.....Macam-macam drama depa reka

28 May 2014  

TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN malam tadi tidak berjalan seperti dirancang apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, (kiri) seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.

"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.

"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.

"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.

Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.

Shantini sebelum itu bersama dua orang lagi menerima baju-T BN daripada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis yang berlangsung di padang perumahan Taman Desa Bakti, Teluk Intan itu kemudiannya menyaksikan seorang daripada mereka menerima bendera DAP dari penganjur dan meletakkannya ke atas tanah sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy sewaktu diminta menjelaskan kekeliruan tersebut berkata Shantini mungkin tidak faham dengan soalan wartawan.

Menjelaskan tindakan Shantini yang diminta meninggalkan majlis lebih awal, Mohana berkata beliau pulang untuk mengambil kad keanggotaan DAP miliknya.

"Awak tanya dalam bahasa apa kepada dia?

"Kadang-kala ada kekangan bahasa juga," kata Mohana apabila mengetahui wartawan bertanya dalam bahasa Melayu kepada Shantini.

'Kejutan' kedua adalah apabila petugas media pada awalnya menerima maklumat majlis itu diadakan untuk menerima anggota DAP yang akan 'melompat parti' kepada BN.

Namun akhirnya, petugas media dimaklumkan bahawa bekas 'anggota' DAP yang hadir semalam tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Sebaliknya, majlis diadakan untuk mengalu-alukan sokongan mereka yang kini bersama BN, seperti disahkan ADUN Cangkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin pada sidang media ringkas, selepas majlis itu.

Seorang petugas media turut menggesa peserta agar melakukan gimik memotong kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Namun, Ahmad Maslan menolak permintaan itu atas alasan ia bukan budaya BN.

Sebahagian peserta yang duduk selama hampir dua jam dalam keadaan gelap di luar khemah yang tidak berlampu, dengan memakai baju-T dan topi BN pada majlis itu kemudian diberikan sebuah kotak berlogo 1Malaysia setiap seorang oleh penganjur, selepas majlis berakhir.

Petugas media cuba menemubual peserta untuk mengetahui isi kotak itu namun dihalang oleh Arjami Ali yang berkata "media suka jaga tepi kain orang".

Sebelum beredar, petugas media turut meminta seorang lagi penganjur, Yusof Abd Manaf untuk mencari seorang peserta yang sanggup diwawancara.

Yusof kemudian membawa seorang perempuan berusia 60 tahun ke bawah khemah untuk diwawancara media.

Namun, wawancara itu terhenti sebelum bermula dengan sempurna apabila Arjami bertindak membawa perempuan itu pergi dan menutup lampu khemah.

Yusof kemudian meluahkan kekecewaannya apabila media lebih menyerlahkan 'orang KL' yang datang pada malam itu berbanding NGO tempatan yang bekerja keras selama dua minggu untuk majlis itu.

"Kami dah pujuk orang-orang ini (peserta) selama lebih dua minggu tapi awak malam ini datang dan tanya 'orang KL' yang cuma datang sekejap dan tak tanya kami tentang majlis ini terlebih awal," katanya dipercayai merujuk kepada Ahmad Maslan dan Mohana. Malaysiakini






No comments:

Post a Comment