utusan malaysia terkini
Rusuhan Pemuda Umno : DAP Buat Laporan Polis
IdaMan
Rusuhan Pemuda Umno : DAP Buat Laporan Polis
DAP membuat laporan polis sejurus selepas rusuhan Pemuda Umno di hadapan ibu pejabat parti itu petang tadi.
Laporan dibuat Ahli Parlimen Serdang Dr. Ong Kian Ming dan diiringi beberapa staf ibu pejabat di Balai Polis Pudu, kata Pegawai Komunikasi dan Media DAP Medaline Chang.
Kian Ming dalam kenyataannya sebelum itu menyifatkan rusuhan itu sebagai tidak bertamadun kerana berbaur ugutan serta merosakkan harta benda.
“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan mengugut oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan (WP).
“Kami menyokong hak mana-mana kumpulan untuk mengadakan perhimpunan aman, namun kelakuan mereka sama sekali tidak boleh diterima.
Bukan sahaja mereka memaki-hamun saya dan pegawai lain, mereka juga memusnahkan papan tanda DAP dan mengugut untuk membakar pejabat kami.
“Mereka tidak menghantar pun memorandum kepada saya, namun mengoyakkannya dan melemparnya kepada muka saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Rusuhan itu bermula kira-kira tiga petang tadi, apabila lebih 50 ahli Umno, diketuai Ketua Pemuda Umno WP Mohd Razlan Muhamad Rafii berarak sambil melaungkan ‘hidup Melayu’ dan ‘hancur DAP’.
Mohd Razlan juga mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP apabila berkata, “Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini,” sambil disambut sorakan yang lain.
Sehubungan itu, Dr. Ong mendesak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf di atas kelakuan ahli-ahlinya.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengekalkan keamanan dan keselamatan ketika rusuhan dan berhadapan dengan provokasi oleh sebahagian daripada perusuh,” katanya lagi.
Rusuhan itu adalah susulan daripada pencerobohan sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sana, ekoran tidak berpuas hati dengan kenyataan ‘Umno celaka’ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer.
- Roketkini
Pemuda UMNO WP merusuh, ancam bakar bangunan ibu pejabat DAP
Lebih 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Pudu di sini kira-kira jam tiga petang tadi.
Mereka juga bertindak biadap dengan mencetuskan provokasi perkauman apabila membawa banner bertulis ‘RSN Rayer anak haram!’ dan ‘Melayu Umno bukan barang dagangan! Mampus DAP!’ dan melaungkan ‘hidup Melayu’ dan ‘hancur DAP’.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengancam untuk membakar bangunan DAP.
Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan turut bertindak melampau apabila menggumpalkan kertas memorandum bantahan dan membalingnya ke arah muka Ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming.
Tindakan biadap itu berlaku ketika Mohd Razlan ingin menyerahkan memorandum bantahan kepada DAP, berikutan kenyataan ‘Umno celaka’ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selasa lalu.
Beliau juga memaki hamun Kian Ming dan wakil parti yang lain, antaranya Pegawai Komunikasi dan Media DAP Medaline Chang.
“Ingat, sekali lagi saya dengar anda hina parti, saya akan bakar bangunan ini,” jeritnya selepas itu.
“Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini,” jerit Mohd Razlan dan disambut sorakan peserta lain.
Pergaduhan juga hampir tercetus selepas beberapa peserta cuba meluru masuk ke dalam kawasan bangunan, sebelum dihalang Unit Tindakan Ringan dan anggota polis lain.
Namun, salah seorang sempat melepaskan diri dan mematahkan papan tanda parti di hadapan pintu masuk bangunan.
Semalam, samseng Umno Pulau Pinang menceroboh ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), akibat tidak berpuas hati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN RAYER yang mengatakan “Umno celaka’ ketika sidang DUN Selasa lalu.
Isu itu dianggap selesai selepas Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid memohon maaf di atas pencerobohan itu.
- Roketkini
No comments:
Post a Comment