Monday, May 19, 2014

PRK Teluk Intan : Ini Yang Buat Umno Marah Sangat Dengan PAS !


utusan malaysia terkini

PRK Teluk Intan : Ini Yang Buat Umno Marah Sangat Dengan PAS !


IdaMan

PRK Teluk Intan : Ini Yang Buat Umno Marah Sangat Dengan PAS !


Hudud : Kenyataan Dyana tak jejas Pas
Pas menyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud untuk PRK Parlimen Teluk Intan berdasarkan persefahaman dalam PR.

Demikian reaksi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub (gambar) ketika diminta mengulas kenyataan Dyana  yang menyatakan akan menentang bil mengenai hudud yang dibentang Pas di Parlimen nanti jika memenangi PRK itu.

Salahuddin berkata, Pas tidak boleh halang hak Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat penentangan terhadap apa yang diperjuangkan Pas.

"Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP, sejak hari pertama kita kenal, mereka memang tidak pernah sokong hudud.

Namun ini tidak menggugat pendirian Pas untuk terus bersama DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha Pas untuk terus perjuangkan hudud.

"Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong Pas," katanya.

Dyana dalam temu bual bersama media semalam menyatakan, jika menang pilihan raya ini, beliau akan membantah rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan diusulkan Pas di Parlimen, yang jika diluluskan akan membolehkan undang-undang berasaskan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Menurut Dyana, pendiriannya itu  sama dengan pendirian partinya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kenyataannya itu, Dyana berkata, beliau bagaimanapun tidak menentang hudud secara keseluruhan, cuma beranggapan pelaksanaan undang-undang berteraskan Islam di Malaysia tidak sesuai buat masa ini selagi masalah berkaitan sosio ekonomi tidak diatasi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, hudud juga bukan isu besar dalam PRK Teluk Intan yang boleh menjejaskan sokongan kepada PR.

“Gerakan dan MCA juga menentang hudud. Tetapi hal itu biar mereka selesaikan sendiri.

“Bagi Pas, kita tidak ada masalah. Hudud tidak menggugat kerjasama kita dalam PR dan bukan isu besar dalam PRK ini,” katanya.


"Saya tidak menentang hudud, tetapi saya menentang pelaksanaannya" - Dyana Sofya

Calon DAP-Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau tidak akan menyokong pelaksanaan hudud di negara ini dan akan tetap berpegang dengan pendirian partinya yang menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun, Dyana dalam satu temubual oleh sebuah portal berita baru-baru ini menafikan menentang hukum itu secara sendirinya.

"Saya tidak menentang hudud tetapi saya menentang pelaksanaan hudud pada situasi ketika di mana kita mengamalkan pendakwaan terpilih.. dan juga kerana kita sedang berada di dalam negara pelbagai kaum, agama dan kepercayaan," katanya.

Menurut beliau, fokusnya buat masa ini adalah untuk memperbetulkan sistem perundangan, penguatkuasaan dan juga kegiatan rasuah yang didakwanya sedang berlaku pada masa sekarang.

PAS sebelum ini berhasrat membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) di Dewan Rakyat pada Jun ini bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 dilaksanakan di Kelantan.

Bagaimanapun hasrat itu ditangguh bagi membolehkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan seperti yang dicadangkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Hudud mendapat tentangan dari beberapa pihak terutama sekali DAP dan juga parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA yang menegaskan akan mengkaji kedudukan mereka dalam gabungan itu jika UMNO menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun PAS melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan akan tetap melaksanakan undang-undang tersebut sekalipun ditentang oleh rakannya dalam Pakatan Rakyat kerana menurutnya parti Islam itu "tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR" untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu.

Tegas Abdul Hadi, undang-undang jenayah Islam itu telah ada dalam perjuangan PAS lama sebelum penubuhan pakatan politik tiga parti itu.

astro awani

                   

* [Video] PRK Teluk Intan : 'Bukti PAS Sokong Calon DAP', Buat Umno BN Meroyan






No comments:

Post a Comment