Monday, May 19, 2014

[Panas] PRK Teluk Intan : Ibu Kepada Calon DAP, Dyana Sofya Tidak Kisah Dipecat Dari Umno !


utusan malaysia terkini

[Panas] PRK Teluk Intan : Ibu Kepada Calon DAP, Dyana Sofya Tidak Kisah Dipecat Dari Umno !


IdaMan

[Panas] PRK Teluk Intan : Ibu Kepada Calon DAP, Dyana Sofya Tidak Kisah Dipecat Dari Umno !


Yammy Samad (tengah), ibu calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Soya Mohd Daud ditemani ibunya pada hari pertama kempen di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.
Yammy Samad (tengah), ibu calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Soya Mohd Daud ditemani ibunya pada hari pertama kempen di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini
                Jika hendak pecat hubungi saya, kata ibu Dyana kepada Umno

Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad menggesa U‎mno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya‎ dilucutkan.

Yammy berkata tiada masalah jika veteran Umno serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi.

"Ada desakan veteran untuk memecat saya. Itu terpulang. Jika betul, hubungi saya. Mereka asyik menyalak sahaja.

"Kenapa tidak hubungi saya terus dan saya akan berikan jawapan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Media melaporkan Setiausaha Agung veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.

Katanya, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat.


Veteran Umno desak ibu Dyana dipecat
[mk]- NGO Veteran Umno mendesak parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setuausaha agung NGO tersebut Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti, lapor akhbar Berita Harian.

“Kalau beliau (Yammy) masih ahli Umno, maka tindakan untuk kempen calon bukan daripada parti BN adalah menyalahi tata etika parti, sama ada dia keluar parti atau pun Umno mesti pecat dia.

“Tiada guna simpan ahli sepertinya kalau beliau sendiri terang-terangan menjejaskan kredibiliti dan menghina parti.

“Sebelum terlambat, Veteran Umno mendesak Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor segera memecat Yammy daripada Umno,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Katanya, NGO tersebut tidak mempersoalkan sentimen Yaamy sebagai ibu, namun anggota Umno itu harus keluar parti sekiranya benar-benar mahu berkorban untuk Dyana.  


                   






No comments:

Post a Comment