Thursday, May 22, 2014

PRK Teluk Intan : Guna Sekolah Untuk Kempen Pilihan Raya, Umno BN Kena Belasah Teruk


utusan malaysia terkini

PRK Teluk Intan : Guna Sekolah Untuk Kempen Pilihan Raya, Umno BN Kena Belasah Teruk


IdaMan

PRK Teluk Intan : Guna Sekolah Untuk Kempen Pilihan Raya, Umno BN Kena Belasah Teruk


Umno-BN guna sekolah berkempen, tindakan bongkak dan lupa diri
Pemimpin Umno-BN bongkak dan keliru apabila berterusan menggunakan aset kerajaan untuk dipergunakan dalam kempen politik mereka sewenang-wenangnya.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan Barisan Nasional (BN) boleh menggunakan sekolah sebagai lokasi berkempen.

“Itu masalahnya sebab mereka lupa yang membina sekolah itu adalah dari wang rakyat.

“Wang rakyat itu maksudnya duit dari penyokong BN mahupun pembangkang.

“Jadi apabila terlalu lama memerintah membuatkan BN lupa dan keliru apa itu politik,” katanya kepada ketika dihubungi SelangorKini.

Dr Halimah berkata sekolah mahupun institut pengajian tidak sesuai dijadikan lokasi berkempen politik kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.

“Sekolah itu untuk anak-anak belajar. Mereka tidak mengundi pun. Kalau sekadar ceramah untuk bagaimana mereka menjadi lebih kreatif itu bagus.

“Tetapi kalau bawa hal politik itu tidak sesuai kerana akan menimbulkan pergaduhan dan tidak sensitif kepada penyokong-penyokong lain,” katanya.


                Guna sekolah untuk kempen pilihan raya, BN berat sebelah

[kd]- Barisan Nasional (BN) ternyata berat sebelah apabila menggunakan sekolah sebagai pusat kempen parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta penjelasan Kementerian Pendidikan yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan penyalahgunaan sekolah oleh BN.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan dengan tegas mengeluarkan arahan agar sekolah tidak dibenarkan sama sekali untuk dijadikan medan berpolitik.

“Menteri Pendidikan jawab, mengapa BN boleh mengadakan ceramah dan kempen PRK di sekolah?

“Sedangkan kerajaan sendiri berpendirian bahawa tidak boleh mempolitikkan premis awam dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana bercanggah serta melampau,” tegas Shamsul.

Semalam, Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung tindakan BN yang menyalahgunakan premis awam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak bagi tujuan berkempen dalam PRK Teluk Intan.

Perkara ini menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 24 b (7) yang melarang penggunaan premis awam untuk kempen pilihan raya.

Dalam ceramah kempen BN malam tadi, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tiada salahnya sekolah digunakan sebagai lokasi berkempen bagi jentera pilihan raya BN kerana ia juga merupakan aset kerajaan.

“Ini kenyataan dangkal kerana tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti, di mana kerajaan sendiri didokong oleh rakyat dan bukannya parti,” kata Shamsul.

Dalam pada itu, Shamsul turut memaklumkan baru-baru ini beliau sendiri dihalang untuk masuk ke kawasan sebuah sekolah di Melaka untuk meraikan sambutan Hari Guru.

“BN guna sekolah tak apa, tapi Pakatan tak boleh. Ini tindakan ‘double standard’ dan kena hentikan,” katanya.

Sementara itu, Senator KEADILAN, Dr Syed Husin Ali turut sama menempelak penyalahgunaan kuasa oleh Umno ini.

“Sekolah bukan aset Umno tapi aset kerajaan, bererti aset rakyat juga. Jadi bukan Umno saja boleh guna sekolah untuk kempen. Patut Pakatan pun boleh,” katanya di twitter.

Pengarah Pilihanraya DAP PRK Teluk Intan, Tony Pua pula meminta agar DAP juga dibenarkan menggunakan kemudahan sedemikian jika tiada peraturan yang menghalang.

“Kami juga tidak mempunyai tempat untuk berceramah di Kampung Selabak, Kalau mereka boleh gunakan sekolah, kami juga sepatutnya diberikan tempat sama.

“Keadilan dan kesaksamaan harus diberikan kepada kedua-dua belah pihak,” katanya dipetik.


    PRK Teluk Intan: Gunakan sekolah untuk kempen, BN langgar undang-undang

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini menyelar tindakan UMNO-BN yang menggunakan kawasan sekolah sebagai tempat ceramah mereka semalam.

Beliau berkata, tindakan itu sangat mengejutkan kerana UMNO-BN sering kali mencanangkan bahawa mereka berpegang teguh pada prinsip sekolah tidak boleh dipolitikkan.

“DAP menganggap perkara ini sebagai peraturan dan tidak boleh dilanggar sama sekali, tapi malangnya UMNO telah melanggarnya dan berbuat sesuka hati mereka.

“Alasan yang diberikan pihak mereka adalah sudah bayar sewa RM500, telah meminta kebenaran, dan tidak ada tempat lain untuk berkempen di kawasan Selabak, Teluk Intan,” katanya dalam sidang media sebelum merasmikan Pusat Operasi DAP Pekan Baru.

Pengarah Pilihanraya DAP PRK Teluk Intan itu meminta agar DAP juga dibenarkan menggunakan kemudahan sedemikian jika tiada peraturan yang menghalang.

“Kami juga tidak mempunyai tempat untuk berceramah di Kampung Selabak. Kalau mereka boleh gunakan sekolah, kami juga sepatutnya diberikan tempat sama.

“Keadilan dan kesaksamaan harus diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

“DAP sanggup membayar sewa, lebih tinggi daripada RM500 pun tidak mengapa,” ujarnya.

Pemuda PAS semalam telah membuat laporan polis berhubung tindakan BN menyalahgunakan premis awam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak bagi tujuan berkempen dalam PRK Teluk Intan.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan itu adalah bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Seksyen 24 b (7) yang melarang menggunakan premis awam untuk tujuan kempen.

- Roketkini

* PRK Teluk Intan : BN Kempen Di Sekolah, Pemuda PAS Buat Laporan Polis
Tidak Salah Guna Sokolah Untuk Kempen Pilihan Raya, Kerana Sekolah Kerajaan BN Punya






No comments:

Post a Comment