Thursday, May 22, 2014

[Panas] Bekas CEO TNB Dedah Punca Tarif Elektrik Naik !


utusan malaysia terkini

[Panas] Bekas CEO TNB Dedah Punca Tarif Elektrik Naik !


IdaMan

[Panas] Bekas CEO TNB Dedah Punca Tarif Elektrik Naik !


ani aropeBekas CEO TNB dedah ‘Black out’ 1992 rancangan kerajaan wujud IPP

Insiden ‘Black Out’ yang berlaku di seluruh negara pada 1992 adalah perancangan yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope mendedahkan perkara itu dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat.

Buku itu menceritakan permulaan IPP, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi.

Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

“Tetapi, kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini berkenaan apa yang berlaku pada tahun 1992 dipetik Keadilan Daily.

Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out  disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Ani berkata,  TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit ,selepas peristiwa itu,

Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju, Saya kata tidak mungkin,” katanya yang  terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu.

Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.

Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994.

TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

selangorkini







No comments:

Post a Comment