utusan malaysia terkini
Ini Puncanya Calon DAP PRK Teluk Intan Dyana Sofya Tidak Berminat Nak Masuk Umno BN
IdaMan
Ini Puncanya Calon DAP PRK Teluk Intan Dyana Sofya Tidak Berminat Nak Masuk Umno BN
Dyana rela dituduh pengkhianat, hanya yang bijak sertai Pakatan |
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu bersetuju dengan apa yang pernah dikatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan kelemahan Umno menerima golongan profesional menyebabkan ramai berpaling daripada parti Melayu itu.
“Dr Mahathir pun ada cakap yang pandai masuk Pakatan Rakyat (PR). Memang betul pun. Yang tinggal begitulah. Lepas itu dia cakap kita pengkhianat. Amboi, amboi, sedapnya mulut.
“Tetapi tak mengapa. Itu melambangkan karekter mereka. Kita layan dan dengar sahaja. Tidak semestinya kita terima.
Dr Mahathir dalam satu majlis di Melaka pada Mac 2012 berkata, Umno kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan menyekat kemasukan mereka ke dalam parti, lapor Bernama.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.
“Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pilihan raya," kata Dr Mahathir.
Dalam ceramah sama, Dyana Sofya turut mengecam tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang membuat onar di Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur kerana gagal bertindak secara matang.
Katanya, atas dasar itu pengundi di Teluk Intan perlu mencari parti alternatif kepada BN bagi menzahirkan kebencian terhadap perbuatan tersebut.
“Belum sampai dekat tangan (ahli Parlimen Serdang) Dr Ong Kian Ming, dia baling dekat muka. Macam mana ni? Nak bagi memorandum tetapi dah koyakkan. Kita pun tak tahu apa yang dia tulis.
“Kita pula yang kena kutip dan tampal balik untuk melihat apa yang mereka tulis. Kita pun tak faham. Apa benda orang Umno, BN ni,” katanya.
Semalam, media melaporkan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP jika ada wakil rakyatnya menghina Umno sekali lagi.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii memberi amaran kepada DAP penghinaan seterusnya akan mengundang padah, lapor Malaysiakini.
Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima, RSN Rayer yang berkata "Umno celaka".
Semalam, Rayer sekali lagi tidak mahu memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya di sidang DUN pada Selasa, lapor Bernama.
Rayer berkata, perkataan 'celaka' itu hanya membawa maksud 'damn it' dan bukan menggelar beberapa pemimpin Umno sebagai 'haram jadah'.
“Perkataan celaka itu saya hanya tujukan kepada tiga pemimpin Umno iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Shahbudin Yahaya," katanya seperti dilapor Bernama.
No comments:
Post a Comment