Monday, May 19, 2014

Tragis! 31 Kanak-kanak Terbunuh Dalam Kebakaran Bas


utusan malaysia terkini

Tragis! 31 Kanak-kanak Terbunuh Dalam Kebakaran Bas


indah.com

Tragis! 31 Kanak-kanak Terbunuh Dalam Kebakaran Bas

19/5/14
 
Gambar hiasan
Bogota - Sungguh tragis! Sebuah bas yang membawa kanak-kanak tiba-tiba terbakar ketika melaju di jalanan Kolombia. Insiden ini menyebabkan 32 orang terbunuh, yang sebahagian besar merupakan kanak-kanak.

Bas ini   dalam perjalanan pulang dari sebuah acara di salah sebuah gereja di Fundacion, Kolombia pada Ahad(18/5) waktu setempat. Tiba-tiba bas terbakar teruk dan membuat panik kanak-kanak yang ada di dalamnya.

"Semua orang mulai berteriak dan berlarian," terang salah seorang penumpang anak yang berhasil selamat kepada Caracol TV dan dilansir CNN, Isnin (19/5/2014).

 Kanak-kanak ini mengaku berhasil menyelamatkan diri dengan melompat keluar melalui jendela bas.

Pegawai di Kementerian Pertahanan Nasional di Magdalena, Harry Aaron memberitahu CNN, insiden ini menyebabkan 31 kanak-kanak dan 1 orang dewasa terbunuh . Tidak disebutkan lebih lanjut jumlah kesemua penumpang bas tersebut ketika   kejadian.

Belum diketahui pasti apa penyebab kebakaran yang melanda bas ini. Kolonel Adan Leon menyatakan, otoriti setempat masih menyiasatnya.

Namun begitu salah seorang saksi   menyatakan kepada Caracol TV bahawa pemandu bas tersebut pergi keluar untuk minum dan mengisi minyak ke dalam tangki minyak bas tersebut. Pemandu itu meninggalkan kanak-kanak yang ada di dalam bas.

Presiden Kolombia Juan Manuel Santos menyampaikan duka cita bagi mangsa melalui akaun Twitter-nya pada  18/5/14. Presiden Santos juga dijadualkan akan mengunjungi keluarga mangsa yang terbunuh.

"Negara ini sedangberkabung," tulis Presiden Santos. detikNews






No comments:

Post a Comment