utusan malaysia terkini
Tarif Elektrik Naik Lagi, Cara Baik Tampung Hutang Negara
IdaMan
Tarif Elektrik Naik Lagi, Cara Baik Tampung Hutang Negara
Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini dilihat satu keperluan bagi menampung hutang negara yang semakin melonjak.
Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata kerajaan terpaksa mencari sumber bagi menampung hutang negara yang melonjak.
Katanya, dengan kenaikan tarif elektrik ia boleh membantu kutipan bulanan dengan lebih cepat, “Jika hendak harapkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia lambat lagi dilaksanakan.
Jadi dengan cara ini, ia lebih cepat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Yahya berkata, kerajaan juga terpaksa menampung kos pencarian pesawat MH370 yang masih hilang ketika ini, selain hutang negara yang meningkat.
“Kita juga tidak tahu kos sebenar pencarian MH370 yang masih menjadi teka-teki,” katanya.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang mendakwa tarif elektrik naik demi masa depan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan negara, Yahya menyifatkan Najib sepatutnya meletakkan jawatan kerana ia bukan satu alasan yang kukuh.
Katanya, hal itu kerana rekod kewangan TNB tidak memperlihatkan kurangnya hasil atau jualan, bahkan mengalami keuntungan setiap tahun.
“Ia seperti dilakukan dalam keadaan terdesak. Kita lihat apa yang disebut untuk menyelamatkan TNB daripada rugi tetapi sebenarnya untuk selamatkan kerajaan.
“Bagi pengguna dan rakyat di negera ini, sudah semestinya terkejut dan berdukacita.
Jadi, rakyat seharusnya bangkit menyatakan bantahan terhadap kenaikan tarif elektrik dalam keadaan ekonomi ketika ini,” katanya.
Semalam, Najib berkata, pertumbuhan ekonomi negara akan terjejas dan perjalanan Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin tinggal impian jika satu daripada fundamental negara iaitu bekalan elektrik terjamin dengan harga kompetitif.
Tahun lalu, TNB mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi berjumlah RM4.61 bilion berbanding tahun 2012 iaitu RM35.84 bilion.
Manakala bagi tahun ini, pertumbuhan permintaan elektrik dijangka kekal teguh sejajar dengan jangkaan prospek global yang lebih cerah. - selangorkini
* Najib Dedah Punca Tarif Elektrik Naik
No comments:
Post a Comment