utusan malaysia terkini
Speaker nafi DUN T'ganu bubar
indah.com
Speaker nafi DUN T'ganu bubar
13 May 2014
Speaker DUN Terengganu Datuk Zubir Embong menafikan khabar angin bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan susulan tiga wakil rakyat termasuk bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
"(Itu) khabar angin. Tak betul. OK, terima kasih," kata Zubir ringkas ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 1.22 petang ini.
Kemelut politik Terengganu kembali tercetus susulan jawatan menteri besarnya yang sebelum ini dipegang oleh Ahmad bertukar kepada exconya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam majlis angkat sumpah semalam.
Tidak lama selepas itu Ahmad dan juga ADUN Kijal mengumumkan keluar Umno dan menjadi bebas. Turut mengikuti jejaknya ialah ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud.
Hal demikian menyebabkan kedudukan BN di Dewan Undangan Negeri tinggal 14 daripada 32 kerusi . Manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi dan bebas pula 3 kerusi.
Umno negeri: Jangan burukkan keadaan
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Jailani Johari menyeru semua ahli Umno supaya tenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
"Apa jua tindakan kita haruslah mengutamakan kepentingan parti.
"Saya harap semua ahli akan terus bersatu dan mendoakan jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan semua," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment