Thursday, May 1, 2014

Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong


utusan malaysia terkini

Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong


indah.com

Sah ada pengundi hantu, PKR batal keputusan Batang Sadong

OLEH JAMILAH KAMARUDIN May 01, 2014
Pengawas pemilihan Cabang Batang Sadong digantung daripada tugas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul. Gambar fail.Pengawas pemilihan Cabang Batang Sadong digantung daripada tugas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul. Gambar fail. PKR membatalkan keputusan pemilihan Cabang Batang Sadong di Sarawak selepas mendapati berlakunya penipuan semasa proses undian minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya turut menggantung pengawas pemilihan daripada tugas dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Disiplin supaya mengambil tindakan terhadap sekumpulan pemimpin cabang yang menang tanpa bertanding untuk dipecat daripada parti.
"Apa yang berlaku di Batang Sadong adalah jumlah ahli yang keluar mengundi tidak sama dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan.

 "Paten (corak) yang ditulis ni adalah orang yang sama, jadi banyak hantu yang pergi (mengundi)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Kuala Lumpur, hari ini.
Johari berkata, keputusan dibuat selepas pihaknya mendapati banyak unsur keraguan berlaku sepanjang proses undian.
Katanya, pengawas pemilihan yang terlibat itu sendiri mengakui kepada JPP beliau dikompromi oleh calon yang bertanding.

"Tetapi kita masih siasat adakah dia buat ini atas arahan atau rela hati atau dibayar, kita tidak tahu lagi.
"Keputusan JPP semalam, pengawas yang kita sendiri lantik ini akan digantung tugas dan dihalang daripada mengambil mana-mana bahagian sepanjang pemilihan berlangsung," katanya.
Bagaimanapun, katanya, JPP masih menyiasat pihak yang menjadi dalang penipuan sehingga menyebabkan terjadinya insiden terbabit namun menjamin ia akan dapat diketahui dalam masa terdekat.

Beliau berkata, beberapa saksi termasuk mereka yang tidak pernah mengundi juga sudah memberikan kenyataan dan bersedia dipanggil untuk siasatan.
Sehubungan itu, katanya, beliau memberi amaran kepada individu yang menjadi dalang penipuan itu pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas walaupun mereka adalah pimpinan atasan.
"Kami sedang perhatikan anda dan kita akan siasat tanpa gentar atau pilih kasih.

"Anda harus sedar ahli yang berada di bawah memerlukan pemimpin yang benar-benar layak tetapi kalau anda ada duit dan anda dibayar maka tiada bezanya anda dengan BN," katanya.
Selain Batang Sadong, Johari turut mengakui beberapa kawasan lain sedang dalam perhatian serius dan disyaki mengalami insiden sama, iaitu satu di Semenanjung dan satu lagi kawasan di Sarawak.

Johari bagaimanapun menafikan JPP sama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang membuat keputusan atas tekanan politik.
Katanya, satu skuad khas dibentuk bertujuan memantau dan merakam proses pemilihan dan bergerak secara sulit bagi memastikan bukti yang diperolehi benar-benar sah.
"Setakat ini saya harap Batang Sadong akan jadi yang terakhir tetapi tidak bermakna kita berhenti siasat di situ," katanya. – 1 Mei, 2014.
The Malaysian Insider






No comments:

Post a Comment