utusan malaysia terkini
Polis Kuwait ditahan sebab miliki janggut panjang tanpa izin
indah.com
Polis Kuwait ditahan sebab miliki janggut panjang tanpa izin
13/5/14
Pihak berkuasa Kuwait menahan seorang polis kerana membiarkan janggutnya panjang tanpa izin. Tindakan ini dianggap melanggar undang-undang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Kuwait yang melarang polis memiliki janggut panjang.
Wakil Menteri Dalam Negeri Kuwait Leftenan Jenderal Suleiman al-Fahd memerintahkan penahanan keatas polis berpangkat major yang tidak disebutkan namanya itu, setelah memperhatikan janggut polis itu panjang, seperti dilansir web Emirates247, Senin (12/5).
"Dia juga memperingatkan seorang anggota polis lainnya yakni seorang polis berpangkat leftenan kolonel sebab menumbuhkan janggutnya dan memerintahkan dia untuk mencukur janggutnya itu," tulis akhbar berbahasa Arab, Al Watan.
Tindakan itu dikata sesuai dengan undang-undang yang baru saja diperkenalkan yang melarang polis menyimpan janggut mereka lebih dari 1.5 sentimeter tanpa izin.
No comments:
Post a Comment