Sunday, May 18, 2014

Ketua Wanita UMNO, Orang Pertama Yang Kena Belasah Dengan Dyana Sofya


utusan malaysia terkini

Ketua Wanita UMNO, Orang Pertama Yang Kena Belasah Dengan Dyana Sofya


IdaMan

Ketua Wanita UMNO, Orang Pertama Yang Kena Belasah Dengan Dyana Sofya


_DSC7060
Sikap pemimpin wanita BN rampas peluang wanita untuk memimpin – Dyana Sofya

Calon DAP untuk Pilihanraya Kecil Teluk Intan Dyana Sofya menyatakan rasa kesal dengan tindakan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan kemampuan wanita.

Shahrizat dilaporkan berkata, “Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan.”

Menurut Dyana, Shahrizat tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan beliau untuk membezakan antara perjuangan BN dan DAP serta sebaliknya memuji DAP kerana mempunyai keberanian untuk meletakkan seorang wanita muda Melayu di kerusi yang biasanya ditandingi oleh pemimpin kaum Cina dari BN.

“Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini,” ujar Dyana.

Berdasarkan pengalaman dalam DAP, Dyana yakin bahawa parti itu lebih mengiktiraf wanita dan meyakini kemampuan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara.

“Jika saya memilih UMNO, pastilah saya tidak akan berada di kedudukan sekarang,” tambah beliau yang memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011.

Menurut Dyana, beliau tahu bagaimana untuk membezakan perjuangan BN yang mempertahankan kepentingan golongan yang kaya dan berkuasa, berbanding perjuangan DAP yang mempertahankan hak rakyat biasa tanpa mengira keturunan dan agama.

“Parti telah mencalonkan saya kerana saya benar-benar percaya dengan keadilan, peluang saksama dan urustadbir yang baik,” tambahnya lagi.

Dyana, graduan bidang undang-undang UiTM berusia 27 tahun, diumumkan sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan semalam.

Sebelum Dyana, DAP telah mengetengahkan banyak calon berusia muda, termasuk Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto.

PRK Teluk Intan dijadualkan berlangsung mulai hari penamaan calon esok, 19 Mei, sehingga hari mengundi pada 31 Mei.

Ia diadakan setelah wakil rakyat sebelum ini, Seah Leong Peng, yang juga daripada DAP meninggal dunia akibat barah.

- Roketkini







No comments:

Post a Comment