Monday, May 12, 2014

Ahmad Said Keluar Umno Lepas Letak Jawatan MB


utusan malaysia terkini

Ahmad Said Keluar Umno Lepas Letak Jawatan MB


IdaMan

Ahmad Said Keluar Umno Lepas Letak Jawatan MB


Surat peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertarikh 12 Mei, 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mei, 2014.
Surat peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertarikh 12 Mei, 2014
Terengganu berdepan dengan kebuntuan politik selepas Datuk Seri Ahmad Said dan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno keluar parti beberapa jam selepas bekas menteri besar itu meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Tindakan Adun Kijal itu bersama Adun Ajil, Ghazali Taib meninggalkan Umno dan menjadi bebas menyebabkan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) mempunyai jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat (PR) iaitu 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap gabungan dalam DUN yang mempunyai majoriti 32 kerusi – pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Ahmad yang mula menjadi MB pada 2008 juga berkata lebih ramai Adun Umno akan keluar parti tidak lama lagi – menambahkan lagi tekanan politik kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak yang diserang kerana kelemahan kepimpinannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Insya-Allah ada lagi," katanya dipetik daripada portal berita Malaysiakini.

Ahmad dan Ghazali meletakkan jawatan daripada parti pemerintah itu beberapa jam selepas Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar, mengesahkan spekulasi dua menteri besar akan ditukar setahun selepas PRU13.

Salinan surat peletakan jawatan Ahmad disiarkan oleh portal berita Astro Awani. Difahamkan, Adun Kijal itu akan bertemu media hari ini untuk menjelaskan mengapa beliau keluar Umno.

Ahmad dilaporkan kecewa dengan keputusan Najib untuk menggugurkannya semalam.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM kenduri kahwin anak saya pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya dipetik daripada Malaysiakini.

Ahmad menjadi tajuk utama berita baru-baru ini kerana lawatan kontroversinya ke Antartika bagi memperlajari perubahan iklim di kawasan ais itu.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN menang 17 kerusi DUN berbanding PR 15 kerusi dan mendapat separuh daripada 8 kerusi Parlimen di negeri yang kaya dengan minyak itu.

Adun Seberang Takir, Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu di depan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Cendering pada jam 9.25 malam semalam.

Pelantikannya dilakukan beberapa jam selepas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahmad sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri besar.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.

Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.

The Malaysian Insider


                          Ahmad Said letak jawatan, Razif MB baru Terengganu

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

Ahmad juga dikatakan menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu kepada Presiden Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.

Majlis angkat sumpah Ahmad Razif dijangka dibuat malam ini selepas solat Isyak di Istana Syarqiyyah di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Difahamkan, Pemuda Umno Terengganu membantah tindakan Putrajaya menukar kerusi menteri besar kepada Razif dan mengugut mengadakan mogok lapar selama seminggu sekiranya Ahmad Said diturunkan.

Melalui sepanduk putih bertulis “Kami Senang Kerana Dato' Ahmad Said”, mesej itu dikatakan digantung di beberapa kawasan sekitar Terengganu.

Ahmad yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu berkhidmat sebagai menteri besar selama dua penggal sejak 22 Mac 2008.

Berlaku kontroversi diawal perlantikannya yang tidak mendapat sokongan Umno malah semua Adun Barisan Nasional (BN) Terengganu juga berikrar berdiri teguh menyokong Datuk Seri Idris Jusoh agar bekas menteri besar Terengganu dikekalkan.

Sebelum ini, wujud spekulasi pemimpin berjawatan menteri besar di dua negeri akan ditukar iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan, membabitkan Datuk Seri Mohamad Hasan.

                   






No comments:

Post a Comment