Wednesday, May 14, 2014

ADUN Bebas Dua Hari, Ahmad Said Sertai UMNO Balik, Ini Puncanya.........


utusan malaysia terkini

ADUN Bebas Dua Hari, Ahmad Said Sertai UMNO Balik, Ini Puncanya.........


IdaMan

ADUN Bebas Dua Hari, Ahmad Said Sertai UMNO Balik, Ini Puncanya.........


ADUN Bebas dua hari, Ahmad Said dan Ghazali kembali sertai UMNO
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kembali menyertai UMNO selepas mengumumkan keluar parti kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Said kepada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui panggilan telefon dan turut memohon maaf kepada perdana menteri di atas tindakannya itu.

Perkembangan ini disahkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Ahmad Said juga dijangka mengadakan sidang media hari ini.

Memetik laporan Bernama, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata bahawa Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, turut berjanji untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Mohd Jidin, ADUN Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, juga telah memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Terengganu menjadi tumpuan selepas beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi wakil Bebas.

Bagaimanapun, Roslee menarik kembali surat keluar daripada UMNO pada petang Selasa dan kembali menjadi wakil rakyat BN menjadikan BN kini memegang 16 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - astro awani


                         Bukan tiga, ramai lagi mahu keluar Umno - Mat Said

[hd]- Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mendedahkan sebenarnya ramai lagi yang mahu bertindak keluar parti ekoran krisis dalaman Umno Terengganu.

Bercakap pada sidang media di kediamannya petang ini, Adun Kijal itu berkata bagaimanapun beliau hanya mengumumkan tiga Adun keluar Umno menjadi bebas.

Selain beliau, dua lagi yang turut mengikut jejak langkah beliau keluar Umno adalah Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Taib.

Beliau mendakwa, tindakan mengumumkan hanya tiga orang itu kerana tidak mahu PAS menubuhkan kerajaan secara mudah dengan mempunyai lebih kerusi berbanding BN.

"Sebab itu saya kata tiga walaupun ada lebih daripada itu. Kalau kita kata empat atau lima, sudah tentu PAS sudah tubuh kerajaan," katanya.

Mengulas tindakannya membuat pusingan U dengan kembali kepada pangkuan Umno, beliau berkata tindakan tersebut kerana masih sayangkan parti.

Sementara itu, Roslee Daud berkata tindakan keluar parti sebelum ini dibuat kerana terkejut dengan perubahan kepimpinan kerajaan negeri secara tiba-tiba.

"Bukan marah atau merajuk, tetapi sebab terkejut dengan keputusan yang berlaku dengan tiba-tiba.

"Kita tidak sedar dengan perkembangan semasa sehinggalah berlakunya perubahan kepimpinan yang berlaku dalam suasana yang begitu cepat," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Ketiga-tiga adun tersebut kembali kepada Umno selepas 48 jam mengisytiharkan keluar parti dan setelah campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

                   






No comments:

Post a Comment