Tuesday, July 1, 2014

Pasaraya Terbiar Di Penuhi Ikan Koi Tak Bertuan


utusan malaysia terkini

Pasaraya Terbiar Di Penuhi Ikan Koi Tak Bertuan


dairishare

Pasaraya Terbiar Di Penuhi Ikan Koi Tak Bertuan

Sebuah pusat membeli-belah atau yang biasa kita sebut mall bernama 'New World' di Bangkok, Thailand, telah ditinggalkan sejak ianya terbakar pada tahun 1999.

Mall yang sebelum ini dibanjiri oleh orang ramai untuk membeli-belah kini penuhi air beberapa meter dan menjadi syurga bagi ikan koi dan ikan keli, demikian dilaporkan The Verge (30/06).

Seperti yang dilihat dalam gambar, penulis yang mengambil gambar ini, Jesse Rockwell, menyebutnya "akuarium urban". Rockwell, yang menulis tentang perjalanannya, fotografi, dan blog makanan A Taste of The Road diajak oleh seseorang untuk melawat mall tersebut.

Namun, penduduk tempatan di bandar tua Bangkok "mencegah orang untuk melawat tempat itu." Mereka mengatakan bahawa dia harus menunggu polis untuk melawat tempat itu sebelum masuk.











Remaja 14 Tahun Bunuh Diri Kerana Tak Mahu Jadi Ayah


utusan malaysia terkini

Remaja 14 Tahun Bunuh Diri Kerana Tak Mahu Jadi Ayah


indah.com

Remaja 14 Tahun Bunuh Diri Kerana Tak Mahu Jadi Ayah

01/07/14
 
 Foto Liam dan ibunya | copyright: dailymail.co.uk
 
Liam Hardy (14 tahun) ditemukan meninggal dunia di rumahnya. Pemuda ini mengakhiri hidupnya dengan cara gantung diri. Sungguh miris, setelah kurang dari seminggu keluar dari rumah sakit akibat percubaan bunuh diri, Liam tetap ingin mengakhiri hidupnya. Padahal, di usia yang masih sangat muda, Liam seharusnya merancang impian-impian hebat untuk masa depannya.

Foto copyright: dailymail.co.uk  
Foto copyright: dailymail.co.uk
Dilansir oleh Dailymail.co.uk, sesaat sebelum meninggal, Liam mengirim pesan bertulis pada pacarnya:

 
Tidak ada gunanya, aku menyerah. 
Padahal, kekasih Liam sedang hamil 7 bulan. Hanya dalam hitungan kurang dari 3 bulan, Liam akan menjadi seorang ayah, namun pemuda ini meninggalkan bayinya begitu saja sebelum lahir kerana belum bersedia menjadi ayah . Sejauh ini, nama kekasih Liam dirahsiakan untuk menjaga privacy.

Ibu Liam yang masih berduka bercerita bahawa anaknya telah lama mengalami masalah kesihatan psikologis dan epilepsi. Secara teratur, Liam harus melakukan sesi terapi. Namun pada akhirnya terapi-terapi itu tidak dijalankannya secara serius, apalagi setelah Liam memiliki kekasih.

Ibu Liam |  copyright: dailymail.co.uk  
Ibu Liam | copyright: dailymail.co.uk
Masalah keluarga rupanya menjadi hal berat bagi Liam, sehingga ketika dekat dengan seorang gadis yang menjadi kekasihnya, Liam merasa lebih nyaman. Bahkan Liam beberapa kali tinggal dengan kekasihnya. Namun pada akhirnya, Liam memilih untuk meninggalkan semua orang yang mencintainya.
Sebelum bunuh diri, Liam menuliskan sepucuk surat dan ditemui dalam kamarnya.

Aku minta maaf untuk semua yang sudah aku lakukan. Dan aku bukanlah siapa-siapa tanpa kekasihku. 
Pihak  polis  masih melakukan penyiasatan pada kes ini. Semoga saja kes yang sama tidak terjadi lagi.
Vemale.com 






Bersih 2.0 gesa lantik semula Prof Redzuan


utusan malaysia terkini

Bersih 2.0 gesa lantik semula Prof Redzuan


indah.com

Bersih 2.0 gesa lantik semula Prof Redzuan

HARAKAHDAILY | 01 Julai 2014.
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mengecam sekeras-kerasnya tindakan campur tangan Kementerian Pendidikan dalam urusan Universiti Malaya yang telah menyebabkan peletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman.

"Adalah amat mengecewakan apabila Kementerian Pendidikan menyerang Dr Redzuan dan hasil kajian akademik tinjauan dan persepsi pilihan raya oleh beliau yang didakwa memburukkan imej Barisan Nasional," ujar Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan campur tangan oleh Kementerian Pendidikan tersebut boleh disifatkan sebagai percubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dan sebuah lagi pencabulan ke atas kebebasan akademik.

Katanya, kebebasan bersuara dan kebebasan akademik adalah asas kepada pembentukan prinsip akademik.

"Seseorang pensyarah atau pengajar seharusnya mempunyai ruang yang bebas untuk mengajar dan membincangkan idea dan fakta (termasuklah yang tidak menyebelahi pemerintah), manakala cendekiawan seharusnya mempunyai hak untuk berfikir, berbicara, dan melontarkan persoalan," ujarnya.

Hak yang dinyatakan ini, tambah kenyataan itu seharusnya boleh diamalkan tanpa sebarang ancaman mahupun tekanan kehilangan kerja, penarikan dana, hukuman, atau sebagainya.

Tambahnya, tindakan kementerian tersebut turut membenamkan lagi perdebatan dan wacana sihat berkaitan dengan plihan raya bersih dan adil.

Menurutnya lagi, segenap masyarakat dalam negara ini telah mendapat manfaat hasil daripada sumbangan kajian akademik seperti yang dikeluarkan oleh Dr Redzuan dan badan-badan lain seumpamanya.

Bersih 2.0 turut merakamkan ucapan tahniah kepada tindakan berprinsip Datuk Saifuddin Abdullah yang meletakkan jawatan beliau sebagai Felo Penyelidik di universiti yang sama dan keberanian Kesatuan UM dan kakitangan akademiknya (PKAUM) yang bersuara menentang tindakan kementerian.

Katanya lagi, keberanian dan prinsip yang ditonjolkan ini menjadi contoh yang sangat membanggakan.

"Bersih 2.0 dengan ini menggesa agar Prof Dr Redzuan Othman dilantik semula ke jawatan beliau dengan segera.

"Kami turut menggesa agar Kementerian Pendidikan tidak lagi campur tangan dan membenarkan Universiti Malaya menguruskan sendiri hal-ehwal yang berkaitan pusat kajian mereka termasuklah pelantikan dan penjawatan staf akademik," ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/7/2014






[Tahniah] Khairy Naik Pangkat Sebagai Kolonel Dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah


utusan malaysia terkini

[Tahniah] Khairy Naik Pangkat Sebagai Kolonel Dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah


IdaMan

[Tahniah] Khairy Naik Pangkat Sebagai Kolonel Dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah


Khairy (tengah) ketika dipakaikan pangkat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) di Kementerian Pertahanan (Kementah), Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Facebook Khairy Jamaluddin
Khairy (tengah) ketika dipakaikan pangkat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) di Kementerian Pertahanan (Kementah), Kuala Lumpur, hari ini
[sinar]- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinaikkan pangkat sebagai Kolonel selepas menjalani kursus pegawai dalam pasukan sukarela Askar Wataniah, hari ini.

Memetik petikan Facebooknya hari ini, Khairy berkata, pelantikan ini amat bermakna dan beliau  berikrar untuk memberikan khidmat terbaik untuk menjaga nama baik Rejimen 508.

“Terima kasih Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera atas pemakaian pangkat saya pagi tadi.

“Saya telah menyertai Rejimen 508 sebagai rekrut biasa, menjalani latihan rekrut bersama anggota Wataniah yang lain,” katanya.

Justeru pelantikan ini amat bermakna bagi saya dan saya berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron turut dipakaikan pangkat sebagai Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah yang ditauliahkan pangkat Brig Jen (Kehormat).

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Holdings, Tan Sri Shahril Shamsuddin pula ditauliahkan pangkat Brig Jen (kehormat).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar masing-masing dipakaikan pangkat Kolonel (kehormat).

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kementerian Pertahanan (Kementah).






Kerajaan DAP P.Pinang Yang Anti Islam, Beri Peruntukan Ehya Ramadan Bagi Masjid Dan Surau Seluruh P.Pinang


utusan malaysia terkini

Kerajaan DAP P.Pinang Yang Anti Islam, Beri Peruntukan Ehya Ramadan Bagi Masjid Dan Surau Seluruh P.Pinang


IdaMan

Kerajaan DAP P.Pinang Yang Anti Islam, Beri Peruntukan Ehya Ramadan Bagi Masjid Dan Surau Seluruh P.Pinang


Kerajaan P.Pinang Beri Peruntukan Ehya Ramadan [gambar fail]
[hd]- Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM222,000 untuk program Ehya Ramadan bagi masjid dan surau utama di negeri ini, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam perutusan khas sempena kedatangan Ramadan, beliau berharap peruntukan itu dapat merapatkan tali silaturrahim dan umat Islam tabah menghadapi ujian hidup, jasmani dan rohani.

"Saya kagum dengan kecekalan umat Islam menghadapi bulan Ramadan, maka sebab itu kerajaan negeri memperuntukkan RM222,000 untuk menyemarakkan program Ehya Ramadan tahun ini kepada seluruh masjid dan surau utama di Pulau Pinang.

"Tujuannya tiada lain semata-mata untuk merapatkan tali silaturrahim sesama kita rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berharap Kompleks Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang dapat dibuka dengan rasmi pada bulan Ramadan ini.

Kerajaan negeri, ujarnya telah memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks di Bukit Gantung, Jalan Scotland di atas tanah seluas 3.49 ekar.

"Mahkamah setinggi tujuh tingkat itu turut dibiayai oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM36 juta," ujar beliau.






Zam: Pergi mampuslah MCA...


utusan malaysia terkini

Zam: Pergi mampuslah MCA...


indah.com

Zam: Pergi mampuslah MCA...

1 Jul 2014
Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin hari ini mengecam keras sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah parti lawan DAP dalam mengkritik kerajaan.

Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.

“MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan,” katanya yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula baru bagi strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP dan menumpang tiket DAP, maka lebih baiklah bagi Umno membuat keputusan 'pergi mampuslah sama MCA' dan mengambil DAP sebagai rakan.”

MCA semalam menyelar respons “endah tak endah” Zahid terhadap insiden kepala lembu diletakkan di depan rumah Rayer, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima di Pulau Pinang.

Satu kepala lembu ditemui di hadapan rumah Rayer pada 28 Jun lalu, mungkin mempunyai kaitan ucapannya sebelum ini yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai celaka.

Gunting Umno dalam lipatan

Antara kenyataan kontroversi Zahid, seperti dilaporkan Rakyat Post, berbunyi  “Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” Zahid dilapor sebagai.

Dalam tulisan terbarunya di blog hari ini, Zainuddin berhujah “lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal dari musuh dalam selimut”.

Katanya lagi, walaupun dilantik semula ke kabinet atas “kasihan belas” Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, MCA tidak sedikit pun menginsafi prestasinya dalam pilihan raya umum lalu.

Menyifatkannya sebagai strategi lapuk, Zainuddun berkata, tindakannya memakai “topi DAP” itu seperti “menggunting Umno dalam lipatan, munafik, hipokrit, lidah bercabang atau talam dua muka.”

Katanya, MCA seharusnya sedar bahawa ia tidak akan dapat menyaingi DAP memainkan sentimen perkauman kerana MCA terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak sebelum merdeka.

Malah, kata Zainuddin lagi, dengan bermain atas landasan DAP, MCA sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di kalangan masyarakat Cina. 
Malaysiakini






Perbezaan Antara Negara Korea Selatan Dengan Korea Utara


utusan malaysia terkini

Perbezaan Antara Negara Korea Selatan Dengan Korea Utara


dairishare

Perbezaan Antara Negara Korea Selatan Dengan Korea Utara

1.) City Street, South Korea

2.) City Street, North Korea
3.) Bus Stop, South Korea
4.) Bus Stop, North Korea
5.) Woman Working, South Korea
6.) Woman Working, North Korea
7.) Mass Transit, South Korea
8.) Mass Transit, North Korea
9.) Suburbs, South Korea
10.) Suburbs, North Korea