Sunday, November 16, 2014

Sukar beli rumah kerana harga terlalu mahal


utusan malaysia terkini

Sukar beli rumah kerana harga terlalu mahal


indah.com

Sukar beli rumah kerana harga terlalu mahal

HARAKAHDAILY | 16 November 2014.
Laporan Indeks Harga Rumah oleh firma Penyelidikan Global Knight Frank pada Jun 2014 menunjukkan Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai harga rumah tertinggi di dunia.

• Menurut Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA) harga rumah akan terus meningkat 3%-4% bilamana GST dilaksanakan pada 1 April 2015. Walaupun sektor hartanah kediaman tidak dikenakan GST (exempted dimana pemaju tidak boleh kenakan output GST dan juga tidak boleh tuntut input GST) tetapi bahan binaan dan fi professional dikenakan GST kepada pemaju, jadi pemaju akan serapkan kos ini dalam harga rumah.

Kami mencadangkan bagi mengelakan kenaikan dalan harga hartanah kediaman bilamana GST dilaksanakan, sektor hartanah kediaman hendaklah dikategorikan sebagai “Perlepasan cukai pada kadar 0% (Zero Rated)” dimana pemaju tidak boleh kenakan outpun GST tetapi boleh menuntut input GST.  
Cadangan Penyelesaian

1) Bagi membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah (<RM3,000 sebulan) dan sederhana (antara RM3,000– RM6,000 sebulan), Kerajaan perlu menguatkuasakan ‘Dasar Perumahan Rakyat Johor (Johor Public Housing Policy)’ yang dibentangkan dalam Bajet tahun lepas dimana bagi kawasan perumahan melebihi 5 ekar, 40% unit yang dibina hendaklah terdiri daripada perumahan kos rendah dan mampu milik.
 
JENIS
HARGA
KUOTA
PENDAPATAN BULANAN
Rumah Kos Rendah
RM42,000
5%
< RM3,000
Rumah Kos Sederhana
RM80,000
10%
< RM4,500
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
RM120,000-RM150,000
20%
< RM6,000
Kedai Kos Sederhana
RM200,000
5%
< RM6,000

Jumlah
40%

Bila telah menjadi polisi tidak seharusnya ada pengecualian dalam perlaksanaannya. Masalahnya sekarang terdapat kawasan perumahan baru khususnya di Iskandar Malaysia (IM) yang dikecualikan daripada polisi ini. Apakah IM hanya layak diduduki oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan warga asing sahaja. Lembaga Perumahan & Hartanah Johor yang baru diluluskan boleh memainkan peranan dalam memastikan dasar ini dipatuhi oleh semua pemaju perumahan di negeri Johor.






No comments:

Post a Comment