Wednesday, November 12, 2014

Pemuda PAS bantah operasi khas JPJ


utusan malaysia terkini

Pemuda PAS bantah operasi khas JPJ


indah.com

Pemuda PAS bantah operasi khas JPJ

12 Nov 2014
Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menjalankan operasi khas membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

Sayap kanan parti Islam itu berhujah, operasi itu menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya, termasuk berdepan tindakan saman, serta menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Malah, kata Pemuda PAS, alasan yang diberikan dalam isu tertentu, seperti penggunaan nombor plat, “amat tidak rasional”.

“Tidak pernah ada suatu bukti atau kaji selidik atau dapatan daripada mana-mana pihak seperti MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) atau Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) atau Polis Diraja Malayasia yang menyatakan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan adalah salah satu punca kemalangan,” memorandum itu dipetik.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan diterima bahagian Komunikasi Korporat JPJ di ibu pejabat jabatan itu di Putrajaya.

PAS juga menuntut penangguhan operasi itu dibuat, membatalkan saman dan mengkaji semula peraturan terbabit khususnya Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Perlesenan) 1959. 
Malaysiakini






No comments:

Post a Comment