utusan malaysia terkini
Kos Hari Belia Meningkat Daripada RM16 Juta Pada Tahun 2011 Kepada RM18.07 Juta Pada 2013 !
IdaMan
Kos Hari Belia Meningkat Daripada RM16 Juta Pada Tahun 2011 Kepada RM18.07 Juta Pada 2013 !
Kos hari belia RM18 juta, Nik Nazmi gesa keluarkan audit penuh |
Jelasnya ia perlu kerana rakyat Malaysia khususnya golongan muda berhak mengetahui sekiranya ada masalah atau kekurangan dalam cara wang pembayar cukai dibelanjakan.
“Kerajaan mesti memberikan justifikasi bagaimana acara-acara ini yang kos cukup tinggi benar-benar memberikan manfaat dan dapat memperkuasa generasi muda di Malaysia,” tegas Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan , Sains Teknologi dan Inovasi Selangor itu dalam kenyataan media yang dikeluarkan.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut membuat gesaan sama berikutan peningkatan kos bagi sambutan program tahunan tersebut.
Kos bagi mengadakan sambutan itu didakwa meningkat daripada RM16 juta pada tahun 2011 kepada RM18.07 juta pada 2013.
Nik Nazmi turut mempersoalkan mengapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak diihat mengeluarkan belanja besar dalam acara sebegini tetapi bersikap kurang peduli dalam perkara lebih penting seperti inisiatif pro generasi muda yang tidak memerlukan belanja besar.
Tegasnya adalah lebih baik perbelanjaan keterlaluan tersebut digunakan untuk keutamaan lain yang lebih penting seperti membiayai biasiswa pendidikan, pinjaman perniagaan dan kemudahan rumah mampu milik untuk generasi muda.
“Saya berharap Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, melihat perkara ini secara serius,” tegasnya lagi.
* Hari Belia Di Putrajaya Menelan Belanja RM93 Juta Dalam Tempoh Empat Tahun !
No comments:
Post a Comment