Thursday, November 13, 2014

Pua alu-alukan tindakan dirujuk ke JK Dewan


utusan malaysia terkini

Pua alu-alukan tindakan dirujuk ke JK Dewan


indah.com

Pua alu-alukan tindakan dirujuk ke JK Dewan

13 Nov 2014
13/11/14

MP DAP, Tony Pua mendakwa BN cuba menutup mulutnya daripada terus membangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui usul untuk merujuknya ke jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen.

Pua bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai “peluang keemasan” bagi membolehkan beliau mengemukakan kesnya berhubung skandal itu.

"Jika saya diheret ke jawatankuasa hak, saya ada peluang keemasan untuk membentangkan semua bukti relevan mengenai skandal 1MDB,” tambahnya.

MP Petaling Jaya Utara itu merujuk kepada laporan berhubung usaha Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan MP Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah untuk mengambil tindakan itu ke atasnya.

MP BN tersebut mendakwa Pua mengelirukan Dewan ketika perbahasan Bajet 2015 untuk Kementerian Kewangan di peringkat jawatankuasa.

Pua yang menangkis tuduhan tersebut berkata, menteri atau timbalan menteri terbabit sepatutnya mengambil peluang untuk membetulkan keadaan ketika perbahasan jika beliau benar-benar membangkitkan fakta mengelirukan.

“Sebaliknya, (timbalan menteri kewangan) Datuk Chua Tee Yong yang ditugaskan menggulung perbahasan Kementeri Kewangan mengelak isu 1MDB seolah-olah ia satu wabak dan enggan menjawab apa-apa soalan yang saya bangkitkan semasa ucapan saya,” katanya.

Pua berkata, fakta dan angka yang disebutnya dalam perbahasan itu dipetik dari sumber awam yang disahkan dan boleh dipercayai.

“Maka, saya mempertahankan keseluruhan ucapan saya. Saya mengalu-alukan sebarang usaha dari wakil BN untuk memfailkan usul ke atas saya dengan dakwaan bahawa saya mengelirukan Dewan.

“Usul itu secara asasnya, ada usaha untuk mendiamkan saya dalam isu hutang 1MDB,” katanya lagi
Malaysiakini






No comments:

Post a Comment