Monday, November 17, 2014

Tuntutan palsu: Semak spesifikasi bina rumah PPRT


utusan malaysia terkini

Tuntutan palsu: Semak spesifikasi bina rumah PPRT


indah.com

Tuntutan palsu: Semak spesifikasi bina rumah PPRT

HARAKAHDAILY | 17 November 2014.
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak berkuasa menyemak semua pembinaan perumahan PPRT yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Bagi Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka, hanya secebis dari masalah yang berlaku di seluruh negara.

"Kami percaya banyak lagi projek perumahan penduduk luar bandar yang dibaikpulih dan yang dibina baru tidak melalui pemantauan yang teliti," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa pihak berkuasa menyemak semua pembinaan perumahan PPRT yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu menahan 23 kontraktor Kelas F termasuk seorang kontraktor wanita kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka, hanya secebis dari masalah yang berlaku di seluruh negara.

Kami percaya banyak lagi projek perumahan penduduk luar bandar yang dibaikpulih dan yang dibina baru tidak melalui pemantauan yang teliti supaya semua kualiti binaan yang disyaratkan kepada kontraktor dipatuhi.

Kontraktor yang mendapat kerja untuk melaksanakan projek rakyat sepatutnya dipantau dengan teliti dan kontraktor yang dipilih memenuhi syarat tender mengikut prosedur yang ditetapkan.

Kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka yang dilapor diambil tindakan oleh SPRM adalah petanda bahawa kemungkinan projek yang dilaksanakan di Parlimen yang lain juga tidak memenuhi kualiti yang ditetapkan.

Kami berpendapat mengguna kesempatan meraih keuntungan lumayan dari sebuah skim yang diperuntukkan untuk membantu golongan miskin adalah suatu pengkhianatan besar.

Apa lagi jika berlaku mereka yang bertanggungjawab memantau perlaksanaan projek tersebut juga bersekongkol sehingga golongan miskin menjadi mangsa kepada salah urus peruntukan.

Kami kesal pihak bertanggungjawab tidak bertindak dari awal lagi untuk memastikan projek untuk golongan miskin tidak disalahguna oleh pihak tertentu. Ratusan juta ringgit yang diperuntukkan dari wang awam sering disalah urus dan disalah guna sehingga berlaku ketirisan yang merugikan rakyat dan negara.

Kami mengambil perhatian serius bila program untuk membantu rakyat termiskin sering terdedah kepada penyalahgunaan peruntukan dan terdedah kepada percaturan politik pihak tertentu.

Anugerah kontrak melalui hubungan politik dan bukan berdasarkan merit dan kemahiran yang sepatutnya diutamakan adalah punca kepada kualiti binaan yang tidak memenuhi syarat.

Teras menegaskan ketirisan dalam penggunaan peruntukkan untuk membantu rakyat miskin tidak boleh dikompromi. Bukan sahaja ia adalah petanda peruntukkan disalahguna malah ia menunjukkan pihak berkuasa tidak efisien dalam menguruskan peruntukkan.

Kami melihat isu ini mendedahkan kelemahan pengurusan dan menunjukkan kepada rakyat bahawa slogan kerajaan adalah pembela rakyat miskin boleh dipersoalkan.

Rakyat miskin terutama di luar bandar tidak boleh dijadi alat untuk kepentingan politik musiman dan bantuan yang bersifat kosmetik untuk meraih sokongan rakyat adalah suatu penghinaan kepada rakyat itu sendiri.

Kami menggesa supaya projek pembinaan atau baikpulih rumah rakyat miskin sama ada di luar bandar mahupun di bandar dipantau melalui sebuah badan yang khusus bagi memastikan segala syarat kontraktor serta kualiti pembinaan memenuhi speksifikasi yang dikenakan.

Pemantauan penganugerahan kontrak tidak boleh ditentukan melalui saluran politik. Amalan mengguna saluran politik yang selama ini digunapakai adalah punca kenapa pelbagai penyelewengan projek kerajaan berlaku.

Skim bantuan membina rumah rakyat miskin yang sering menjadi rebutan kontraktor kelas F akhirnya memberi peluang kepada ahli poltik menggunakannya untuk menyalurkan kontrak kepada kroni dalam jaringan politik masing-masing.

Amalan kronisme politik ketika mengendali projek rakyat inilah yang selalunya mengganggu pentadbiran agensi kerajaan bagi memastikan kualiti kerja kontraktor menepati syarat.

Sering berlaku keputusan dalam proses saringan menganugerah projek dicampurtangan oleh golongan politik sehingga jaminan  kualiti kerja ketika menyiapkan projek diketepikan. - HARAKAHDAILY 17/11/2014






No comments:

Post a Comment