Friday, November 14, 2014

Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular


utusan malaysia terkini

Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular


indah.com

Dr M: Jangan guna duit rakyat untuk popular

14 Nov 2014
Selepas mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalihkan sasarannya pada projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mengingatkan kerajaan yang ditadbir perdana menteri bahawa wang untuk membayar BR1M merupakan wang pembayaran cukai.

"Kita jangan lupa yang duit kerajaan diperolehi melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat.

"Cukai ini meningkatkan kos sara hidup. Tetapi rakyat masih lagi sanggup bertahan dengan kos yang dikenakan kerana mereka menjangkakan kerajaan akan memberi keselamatan, mentadbir negara dengan baik dan mempunyai dasar yang memberi faedah kepada rakyat.

"Tetapi rakyat tidak mahu melihat cukai yang mereka bayar dibelanjakan dengan cara yang diluar jangkaan ini.

"Sudah tentu mereka tidak mahu wang hasil titik peluh mereka dibelanjakan untuk memenangi populariti bagi sesiapa atau parti-parti politik atau pentadbiran," katanya.

Selain itu, Mahathir juga membantah pemberian pada skala yang besar kepada rakyat seperti BR1M dilihat seperti memberi rasuah.

"Dan ia diberi apabila pilihan raya semakin dekat atau sebagai manifesto pilihan raya yang menjanjikan perkara ini (BR1M). Tanggapan yang tak boleh dielak ialah pemberian ini seperti membeli undi.
Malaysiakini






No comments:

Post a Comment