Tuesday, July 1, 2014

[Tahniah] Khairy Naik Pangkat Sebagai Kolonel Dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah


utusan malaysia terkini

[Tahniah] Khairy Naik Pangkat Sebagai Kolonel Dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah


IdaMan

[Tahniah] Khairy Naik Pangkat Sebagai Kolonel Dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah


Khairy (tengah) ketika dipakaikan pangkat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) di Kementerian Pertahanan (Kementah), Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Facebook Khairy Jamaluddin
Khairy (tengah) ketika dipakaikan pangkat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) di Kementerian Pertahanan (Kementah), Kuala Lumpur, hari ini
[sinar]- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinaikkan pangkat sebagai Kolonel selepas menjalani kursus pegawai dalam pasukan sukarela Askar Wataniah, hari ini.

Memetik petikan Facebooknya hari ini, Khairy berkata, pelantikan ini amat bermakna dan beliau  berikrar untuk memberikan khidmat terbaik untuk menjaga nama baik Rejimen 508.

“Terima kasih Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera atas pemakaian pangkat saya pagi tadi.

“Saya telah menyertai Rejimen 508 sebagai rekrut biasa, menjalani latihan rekrut bersama anggota Wataniah yang lain,” katanya.

Justeru pelantikan ini amat bermakna bagi saya dan saya berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron turut dipakaikan pangkat sebagai Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah yang ditauliahkan pangkat Brig Jen (Kehormat).

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Holdings, Tan Sri Shahril Shamsuddin pula ditauliahkan pangkat Brig Jen (kehormat).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar masing-masing dipakaikan pangkat Kolonel (kehormat).

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kementerian Pertahanan (Kementah).






No comments:

Post a Comment