utusan malaysia terkini
Temui ajal ketika tangkap belut
indah.com
Temui ajal ketika tangkap belut
Rakan arwah yang dikenali sebagai Pak Soh mengiringi jenazah Allahyarham Che Long untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pohon Ara Kampung Menjual.
TUMPAT – Seorang warga emas ditemui mati di sawah padi dipercayai akibat serangan jantung ketika menangkap belut di Taman Sri Periuk di sini, petang kelmarin.
Mayat Che Long Mamat, 63, dari Kampung Nechang di sini ditemui oleh anak sulungnya, Mohammad, 46, pada jam 5.30 petang selepas keluar mencari ayahnya.
Mohammad berkata, dia mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku selepas dimaklumkan oleh ibunya, Rahmah Saamah, 59, bahawa ayahnya tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah lewat petang.
“Selalunya ayah akan balik pada waktu tengah hari selepas keluar menangkap belut pada jam 7.30 pagi.
“Tetapi semalam kelibat ayah tidak kelihatan walaupun hari sudah lewat petang.
“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya cari ayah selepas solat Asar di sekitar sawah padi yang selalu ayah tangkap belut,” katanya.
Mohamad berkata, dia ternampak motosikal milik ayahnya di luar kawasan sebuah rumah penduduk di taman tersebut.
Menurutnya, dia terus ke sawah berdekatan dan selepas 20 minit mencari, dia ternampak ayahnya tertiarap di dalam sawah berkenaan.
“Alat menangkap belut berada berhampiran ayah, tetapi ketika itu ayah sudah pun meninggal dunia. Penduduk di sini memberitahu ayah saya turun ke sawah sekitar jam 9.30 pagi lagi,” katanya.
Sementara itu, Rahmah memberitahu suaminya ada menghidap penyakit darah tinggi dan strok.
“Mencari belut adalah pekerjaan utamanya sejak puluhan tahun dan hasil pendapatan itulah kami membesarkan 12 anak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan unsur jenayah.

No comments:
Post a Comment