utusan malaysia terkini
Nenek hidup semula setelah dimasukkan ke dalam bilik mayat
indah.com
Nenek hidup semula setelah dimasukkan ke dalam bilik mayat
14 November 2014
Gambar hiasan
WARSAWA, Wanita Poland berusia 91 tahun hidup kembali setelah dia dinyatakan meninggal dan disimpan di bilik jenazah berhawa dingin selama 11 jam.
Wanita itu, Janina Kolkiewicz kini telah kembali ke rumah setelah mengeluh kedinginan. Di rumah, Kolkiewicz menghangatkan diri dengan semangkuk sup hangat dan dua panekuk.
Keluarga dan doktor yang merawatnya mengaku terkejut, seperti dilansir surat khabar Poland , Dziennik Wschodni. "Saya yakin dia meninggal," kata doktor Wieslawa Czyz, kepada stesyen televisyen TVP.
"Saya terkejut. Saya tidak mengerti apa yang terjadi. Jantungnya berhenti berdetak dan dia tidak lagi bernafas," kata Czyz.
Kolkiewicz mengatakan kepada keluarganya bahawa dia merasa "normal dan baik-baik saja" setelah kembali ke rumah. Dia tampaknya tidak menyedari bahawa dalam beberapa hari, dia mungkin saja berada di dalam kuburan.
"Bibi saya tidak tahu apa yang terjadi kerana dia memiliki demensia tahap akhir," Bogumila Kolkiewicz, anak saudaranya, mengatakan kepada media tempatan.
Editor | : Ervan Hardoko |
Sumber | : BBC Indonesia/KOMPAS.com |
No comments:
Post a Comment