Friday, November 14, 2014

Ibu, anak terpaksa pisah


utusan malaysia terkini

Ibu, anak terpaksa pisah


indah.com

Ibu, anak terpaksa pisah

Sebelum ditahan, tiga beranak ini ditemui sedang meminta sedekah di kawasan sekitar.  
Sebelum ditahan, tiga beranak ini ditemui sedang meminta sedekah di kawasan sekitar.
KOTA BHARU - Demi memastikan kebajikan lebih terjamin, dua kanak-kanak yang kisahnya mendapat perhatian ramai kerana hanya diberi minum air kosong bercampur gula terpaksa 'dipisahkan' dengan ibu mereka buat sementara waktu.

Misi Sinar Harian bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk menyelamatkan dua kanak-kanak itu berjaya selepas ibu tunggal berusia 35 tahun, disyaki penagih dadah ditahan dalam satu serbuan di hadapan mahkamah, di sini, jam 7 petang kelmarin.

Susulan tangkapan tersebut, dua anak perempuannya, masing-masing berusia 3 dan 5 tahun  diserahkan kepada JKM Kelantan untuk diberikan perlindungan sementara.

Pengarah JKM negeri, Nik Omar Ab Rahman berkata, pihaknya akan merujuk adik-beradik itu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh berikutan kanak-kanak berusia 5 tahun itu juga dikatakan menghidap penyakit usus.

“Pihak kami akan menjalankan prosedur seperti biasa untuk melihat tahap kesihatan mereka. Secara fizikal, tiada ada kesan penderaan ditemui, namun mungkin berlaku pengabaian atau ketidakupayaan ibu menjalankan tugas menjaga kedua-dua anaknya,” katanya.

Ditempatkan sementara di Rumah Kanak-kanak Mini
Read More






No comments:

Post a Comment