Thursday, November 13, 2014

Suhakam siasat aduan tukar guru sebab politik


utusan malaysia terkini

Suhakam siasat aduan tukar guru sebab politik


indah.com

Suhakam siasat aduan tukar guru sebab politik

HARAKAHDAILY | 13 November 2014.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedang menyiasat aduan berhubung pertukaran guru yang didakwa dibuat atas arahan politik.

Pagi ini, Pesuruhjaya Suhakam Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary selaku individu yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu termasuk membangkitkanya di Dewan Rakyat sesi lalu.

Turut serta dalam pertemuan hampir sejam di parlimen itu, Penolong Setiausaha Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri Suhakam, Intan Farida Adnan.

Ahmad Marzuk ketika ditemui Harakahdaily selepas pertemuan itu berkata, pihak Suhakam hari ini antara lain menyampaikan maklumat berhubung hasil siasatan awal mereka ketika turun menyiasat kes itu di Bachok seperti dilaporkan beliau sebelum ini.

Serah bukti baharu
Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan, akan menyerahkan satu bukti baharu kepada Suhakam yang berupa satu rakaman audio.

"Dalam pertemuan hari ini, pihak Suhakam juga minta untuk kita kemukan beberapa dokumen bukti sokongan baharu.

"Saya memberi komitmen akan membawa bukti yang lebih spesifik iaitu berupa satu rakaman suara pencabulan hak dan menggangu privasi guru-guru termasuk menyuruh guru perempuan minta cerai dari suami," katanya.

Ahmad Marzuk pada April lalu mendedahkan senarai lebih 80 guru di Bachok termasuk isteri kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abd Rahman, yang didakwanya bakal ditukar 'atas arahan politik',

Ianya berkait satu surat Cadangan Penempatan/ Pertukaran Guru Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok 2013, bertarikh 9 Mei 2013 yang ditujukan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan bersama senarai nama guru yang dicadang ditukar.

Antara 40 alasan pertukaran yang diberikan, ujarnya termasuk mengibarkan bendera pembangkang, suami merupakan penyokong tegar PAS, membantu kempen pilihan raya PAS dan membekal makanan ke pos PAS.

Selain membuat pendedahan kepada media dan membangkitkannya di Dewan Rakyat, isu itu juga turut dipanjangkan kepada Suhakam untuk siasatan.

Banginya, tindakan itu satu pencabulan hak asasi terhadap guru sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana jaminan dan Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

"Saya berterima kasih kepada Suhakam yang beberapa kali berhubung dengan saya, dan kali ini hadir untur berbincang khusus tentang aduan yang dibuat di bawah parlimen saya.

"Kita juga memberi komitmen untuk memberi kerjasama dalam sebarang siasatan berhubung perkara itu," kata Ahmad Marzuk. - HARAKAHDAILY 13/11/2014






No comments:

Post a Comment