utusan malaysia terkini
'Calon import' T-Team kena tahan
indah.com
'Calon import' T-Team kena tahan
Luseni Gabriel Smith dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan tinggal di negeri ini melebihi tempoh sah.
KUALA TERENGGANU - Seorang ‘awang hitam’ memberi alasan datang ke negeri ini bagi menghadiri ujian pemilihan pemain import pasukan T-Team untuk musim hadapan, ketika ditahan sepasukan anggota Imigresen Terengganu dalam satu operasi yang dijalankan, 8 Oktober lalu.
Selain itu, Luseni Gabriel Smith, 31, warga Liberia mendakwa akan tinggal di negara ini sementara menunggu sesi temu duga bagi mendapatkan status pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada tahun 2017.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dakwaan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa pada 8 Oktober lalu, lebih kurang jam 9.45 pagi di sekitar stesen bas Majlis Bandar raya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai seorang yang bukan warganegara Malaysia yang telah diberikan pas yang sah dan tanpa suatu sebab yang munasabah telah berada di negara ini setelah tamat tempoh sah pas tersebut.
Dengan itu, dia boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa imigresen Terengganu, Mohd Hafiz Jaafar di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.
Mohd Azhar menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, bagi meraih simpati mahkamah, Smith menangis teresak-esak menjelaskan kepada mahkamah yang dia tidak bersalah dan merupakan mangsa teraniaya walaupun terangan-terangan dia tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan.

No comments:
Post a Comment