Monday, June 30, 2014

9 Gambar Pemain BolaSepak Piala Dunia Yang Berpuasa Di Brazil


utusan malaysia terkini

9 Gambar Pemain BolaSepak Piala Dunia Yang Berpuasa Di Brazil


BeritaPantas92

9 Gambar Pemain BolaSepak Piala Dunia Yang Berpuasa Di Brazil

Gambar-gambar Pemain BolaSepak Piala Dunia Yang Berpuasa Di Brazil  | Sudah tidak asing lagi akan kehangatan Piala Dunia Bolasepak 2014 di Rio, Brazil ini. Sebagai seorang muslim kita semua tidak kira di mana sekali pun akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Pemain-pemain bintang ini juga tidak terlepas untuk berpuasa dan tidak menjadikan alasan untuk tidak berpuasa. Namun sedih juga di hati apabila dikatakan bahawa Mesut Ozil yang dikatakan tidak berpuasa kali ini serta tangannya yang kini mempunyai tattoo yang bertulis "Only God can Judge Me"

Bagaimanapun jom kita lihat gambar-gambar pemain yang akan berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini :
























Benzema, France



Shaqiri, Switzerland



Sissoko, France



Khedira, Germany



Aboubakar, Cameroon



Sakho, France



Muntari, Ghana



Hazard, Belgium



Fellaini, Belgium

- cs



Jom Lihat Gambar Instagram Artis Antarabangsa Tanpa Mekup


utusan malaysia terkini

Jom Lihat Gambar Instagram Artis Antarabangsa Tanpa Mekup


dairishare

Jom Lihat Gambar Instagram Artis Antarabangsa Tanpa Mekup

Artis Antarabangsa Tanpa Mekup Di Instagram Mereka


















Sunday, June 29, 2014

Ada Ekor Tikus dalam Burger, McDonald's Didenda


utusan malaysia terkini

Ada Ekor Tikus dalam Burger, McDonald's Didenda


indah.com

Ada Ekor Tikus dalam Burger, McDonald's Didenda

 30/6/14
 
Shutterstock Restoran makanan segera  McDonald's.

SANTIAGO, KOMPAS.com - Sebuah gerai makanan   McDonald's di Chile terpaksa  membayar ganti rugi setelah seorang pelanggan menemukan ekor tikus di dalam sebiji burger yang dijual gerai itu.

Mahkamah rayuan di kota Temuco mengukuhkan keputusan mahkamah sebelumnya untuk raksasa makanan segera itu untuk membayar denda 3,600 dolar AS  untuk insiden  yang terjadi pada Jun  2012 itu.

Selain membayar denda utama, mahkamah juga memerintahkan McDonald's membayar denda tambahan yang jumlahnya tidak diungkapkan.

Hakim mahkamah rayuan menyatakan hukuman denda itu merefleksikan kegagakan McDonald's menjaga kualiti layanannya. Selain itu, McDonald's juga dianggap mengabaikan proses kawalan kualitinya.

Menyusul insiden ini, otoriti kesihatan Chile untuk sementara menutup gerai McDonald's di Temuco, yang terletak 700 kilometer sebelah selatan ibu kota Santiago.

Kes ini diawali setelah seorang pelanggan McDonald's Temuco, Pedro Valdes mengaku menemukan sepotong ekor tikus di dalam burger yang dipesannya.

"Saya sedang makan dan menemui benda aneh di dalam burger dan saya langsung memuntahkannya," kata Valdes.

Setelah disiasat polis dan dibicarakan, maka pada 2013, Mahkamah Temuco memutuskan McDonaldspatut membayar denda kepada pemerintah kota Temuco.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: AFP






Tanah rizab Melayu - iktibar bumi Palestin


utusan malaysia terkini

Tanah rizab Melayu - iktibar bumi Palestin


indah.com

Tanah rizab Melayu - iktibar bumi Palestin

ABDUL MALIK AB RAZAK | 29 Jun 2014.
PEMILIKAN tanah adalah faktor penting tanda kekuasaan sesuatu bangsa dan kaum ditanah tumpah tanah air mereka. Penjualan tanah kepada warga asing atau bukan bangsa asal akan menatijahkan penghalauan penduduk asal di negara sendiri.

Sejarah Palestin menjadi iktibar umat Islam dengan penguasaan Yahudi di bumi Palestin melalui pemilikan tanah. Mereka sedar bahawa sebelum British keluar dari bumi Palestin dan undang-undang baru digubal, mereka perlu pantas mengambil jalan dengan mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin dengan nama Jewish National Fund pada tahun 1901.

Yahudi telah membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin antara tahun 1920 hingga 1993 dan penempatan Yahudi meningkat dengan pesat iaitu daripada 55 kawasan pada tahun 1920 kepada 218 pada tahun 1939.

Tuan tanah di Palestin kebanyakannya tinggal di luar Palestin. Dengan tawaran harga tanah yang tinggi oleh Yahudi, mereka rabun mata dalam sedar. Mereka sebenarnya tahu Yahudi datang pasti mempunyai tujuan jahat.

Kesan pembelian tanah ini adalah wujudnya masalah setinggan. Rakyat Palestin mula marah dan memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.

Penduduk Arab Palestin bangkit menentang penjajahan British dengan mengadakan mogok dan sabotaj sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan tidak henti pada tahun 1930-an. Namun, kelicikan British dan Yahudi dalam mengatasi masalah pertempuran ini nyata terserlah.

British mengarahkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi membuat kajian penyelesaian. Lord William Peel dilantik sebagai ketua suruhanjaya telah mencadangkan bumi Palestin perlu dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu wilayah yang dimiliki oleh Yahudi dan bahagian yang dikuasai oleh penduduk Arab Palestin. Jalan penyelesaian ini menggembirakan Yahudi dan satu musibah buruk kepada penduduk Arab Palestin.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengarahkan 100,000 tenteranya untuk berundur dari Palestin. Keputusan ini telah direbut oleh Yahudi dengan mengisi kekosongan dibeberapa wilayah yang ditinggalkan oleh British. Tindakan British keluar secara beransur-ansur juga menguntungkan Yahudi untuk mengelakkan penduduk Arab sedar dan merampas wilayah tersebut.

Mandat pentadbiran seterusnya telah dilepaskan ke tangan PBB bagi menyelesaikan konflik perebutan tanah dan ia satu berita gembira kepada Yahudi. Perhimpunan Agung di Geneva pada 29 November 1947 telah meluluskan satu ketetapan yang dikenali sebagai UN Partition Resolution (GA 181) dengan sokongan bersetuju 33 negara, 13 negara tidak bersetuju dan 10 negera berkecuali.

Hasil keputusan ini, Palestin terpecah kepada dua bahagian; satu bahagian seluas 4,700 batu persegi untuk penduduk Arab Palestin yang berjumlah 1.35 juta penduduk dan bahagian kedua seluas 5,300 batu persegi untuk pendatang Yahudi seramai lebih kurang 630,000 orang.

Nasib Tanah Rizab Melayu

Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman. Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Namun, realiti yang berlaku, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia  dan mendesak kerajaan negeri  bagi memastikan berlakunya penggantian tanah.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan 65 kes penggantian Tanah Rizab Melayu di Pahang belum diselesaikan.

Tanah rizab Melayu adalah seluas 3 juta hektar dan pada tahun 1965, sebanyak 1.3 juta hektar Tanah Rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tingal sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus.

Satu usaha yang baik diambil oleh kerajaan Kelantan dalam menjaga pemilikan Tanah Rizab Melayu. Kelantan adalah antara negeri Melayu yang paling banyak tanah rizab. Melalui Akta Kanun Tanah Negeri Kelantan, bukan anak kelantan tidak dibenarkan membeli dan memiliki tanah di Kelantan.

Namun di negeri Johor, kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas yang memberi peluang kepada bukan bumiputera dan orang asing seperti Singapura untuk membeli tanah di Johor. Kesannya, rakyat bumiputera Johor tidak mampu untuk bersaing dalam pegangan bebas dengan bukan bumiputera dan orang asing untuk pemilikan tanah. Tambahan pula, Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status tidak diganti semula dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan. - HARAKAHDAILY 29/6/2014

Abdul Malik bin Ab Razak ialah Presiden GAMIS






Klinik untuk rawat pesakit yang sakit gara-gara Piala Dunia


utusan malaysia terkini

Klinik untuk rawat pesakit yang sakit gara-gara Piala Dunia


indah.com

Klinik untuk rawat pesakit yang sakit gara-gara Piala Dunia

30/6/14

China buat klinik untuk rawat pasien sakit gara-gara Piala Dunia
Warga China ketika menonton Piala Dunia. ©Daily Mail 
 Sebuah klinik untuk merawat para penggemar  bola sepak yang sakit akibat pertandingan  bolasepak  Piala Dunia telah didirikan di China.
 
Petugas perubatan China telah datang dengan istilah baru untuk penyakit yang menyerang orang di seantero Negeri Tirai Bambu itu dengan sebutan Sindrom Piala Dunia, seperti dilansir   Orange.co.uk, Sabtu (28/6).

Penyakit ini adalah kombinasi dari kelesuan, kelelahan dan insomnia yang disebabkan oleh waktu yang tidak sesuai untuk istirahat di mana para penggemar sepak bola harus bertahan tidak tidur demi menonton pertandingan disiarkan langsung dari Brazil.

Di Kota Chengdu, Wilayah Sichuan, sebelah barat daya China, klinik pertama untuk mengubati penderita penyakit itu telah dibuka dan diberi nama Klinik Sindrom Piala Dunia. Klinik itu dibuka di Chengdu Nombor 3 Rumah Sakit Rakyat di Kota Chengdu pada minggu lalu.

Menurut pihak rumah sakit perbedaan waktu antara China dan Brazil telah membuat ribuan warga China terganggu tidurnya. Namun, selain gangguan tidur mereka juga menderita kejang perut, kehilangan nafsu makan, kecemasan dan paranoia, dengan sistem kekebalan yang lemah menjadi salah satu efek sampingnya.

Doktor sekarang siaga 24 jam setiap hari selama Piala Dunia. Mereka juga mengubati masalah psikologis yang berkaitan dengan histeria akibat pertandingan.
Wang Fu Wong, 35 tahun, seorang pengawas gudang di perusahaan onderdil kereta tempatan , memeriksakan dirinya ke klinik pada minggu ini. "Saya sedih ketika Suarez menggigit pemain Itali  dan saya merasa hancur".

"Saya tidak boleh makan, saya tidak boleh berkonsentrasi, saya merasa hidup saya hancur dan, pada dasarnya, itu hanya permainan sepak bola. Saya menghabiskan 48 jam untuk beristirahat total di klinik dan sekarang saya merasa pulih. Saya telah dijatah untuk menonton satu pertandingan setiap dua hari sekarang," jelas Wang.
Seorang doktor di klinik itu mengatakan, "Ini adalah wilayah baru bagi kita, tetapi tidak jauh dari kenyataan bahawa orang telah membuat diri mereka sakit melalui bolasepak".
Merdeka.com






MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat


utusan malaysia terkini

MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat


indah.com

MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat

Harakahdaily
MUHAMMAD FAIZAL | 29 Jun 2014.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan biadab Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PAS yang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

"Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah kami semua pengganas.

"Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kesal dengan kenyataan MCA itu dan mengganggap ia sebagai tidak berasas serta mencari publisiti murahan.

"Kalau ini kenyataan dari pimpinan MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti semula pelantikan mereka di dalam kabinet.

"Bila diberikan jawatan, MCA tidak mengenang budi bercakap hanya untuk mencari publisiti tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Najib serta Umno perlu menelitinya kembali," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 29/6/2014






Jom Lihat Keindahan Ladang Bunga Lavender


utusan malaysia terkini

Jom Lihat Keindahan Ladang Bunga Lavender


dairishare

Jom Lihat Keindahan Ladang Bunga Lavender






Lavender atau lavendel atau Lavandula adalah sejenis tumbuhan berbunga dalam suku Lamiaceae yang memiliki 25-30 spesies. Asal tumbuhan ini adalah dari wilayah selatan Laut Tengah sampai Afrika tropis dan ke timur sampai India. jenis ini termasuk tumbuhan chonic, tumbuhan dari jenis rumput-rumputan,. 

Tanaman ini juga tersebarr di Kepulauan Canaria, Afrika Utara dan Timur, Eropa selatan (terutama Perancis selatan), Arabia, dan India. Kerana telah ditanam dan dikembangkan di taman-taman di seluruh dunia, tumbuhan ini sering ditemui tumbuh liar di daerah di luar daerah asalnya.