Wednesday, November 19, 2014

'Perwakilan Umno jangan jadi kaki bodek'


utusan malaysia terkini

'Perwakilan Umno jangan jadi kaki bodek'


indah.com

'Perwakilan Umno jangan jadi kaki bodek'

sinar harian
Umno  Umno
KUALA LUMPUR - Perwakilan yang bakal mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2014 yang bermula Selasa depan perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti. 
   
Mereka jangan sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin, kata beberapa penganalisis politik. 
 
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, teguran membina itu penting untuk memastikan Umno yang merupakan parti keramat orang Melayu terus relevan, mantap dan benar-benar  mendasari keperluan masyarakat. 
 
Katanya, jurucakap perlu sedar bahawa mereka hadir ke perhimpunan tersebut untuk menyampaikan suara anggota parti di peringkat akar umbi amnya serta rakyat di seluruh negara khasnya dan bukan menjadi kaki "bodek". 
    
"Berucaplah mengikut keadaan sebenar. Kadang kala ada jurucakap yang hanya puji pentadbiran tapi tak berani tegur kepincangan yang ada dan ini amat merugikan masa.
    
"Perlu diingat bahawa perhimpunan (Umno) ini amat penting sebagai persediaan parti untuk menghadapi PRU14 dan jangan jadikan ia pentas untuk raih populariti," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
 
Senada dengan Md Shukri, Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, perwakilan tidak perlu mengucapkan sesuatu yang 'indah khabar dari rupa' demi menjaga hati pemimpin. 
    
"Jangan khabarkan semuanya elok dan baik sahaja sedangkan kalau ada kenyataan yang tak baik disimpan 'bawah karpet', bimbang nanti bila pecah tembelang ia akan mencemarkan imej dan nama parti. 
    
"Sudah sampai masanya ahli Umno berani menegur pemimpin dan pemimpin itu walau macam mana pahit teguran itu mereka harus telan," katanya. 
    
Ismail menarik perhatian perhimpunan kali ini harus menjadi medan terbaik untuk ahli Umno bermuhasabah, menginsafi diri serta mengukuhkan perpaduan yang sedikit keruh selepas pemilihan parti tahun lalu. 
    
"Saya dapati masih ramai yang ada rasa dendam dan dengki selepas pemilihan tahun lalu dan masalah ini perlu ditangani segera kerana jika tidak sampai bila-bila perubahan dalam parti tidak mampu dilaksanakan dengan berkesan," katanya. 
 
Sementara itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, selain berani menegur pemimpin, jurucakap yang dipilih juga harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup. 
    
Katanya, tindakan itu penting untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan sekadar parti yang memperjuangkan nasib kaum Melayu, sebaliknya mampu menjadi 'juara' semua lapisan kaum, bangsa dan agama. 
    
"Buktkikan kepada orang di luar sana bahawa Umno boleh (jadi) parti yang hebat," katanya.
    
Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. - Bernama






Padah skandal, suami belasah kekasih isteri


utusan malaysia terkini

Padah skandal, suami belasah kekasih isteri


indah.com

Padah skandal, suami belasah kekasih isteri

sinar harian

KUALA TERENGGANU - Angkara cemburu, seorang suami nekad membelasah lelaki dipercayai kekasih isterinya sehingga nyaris buta dalam kejadian di Kampung Baru Kiri, Kemasik, Chukai, Kemaman pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang cedera di mata dikejarkan ke Klinik Kemasik sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.
Bagaimanapun, disebabkan kecederaan yang serius pada selaput mata, mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pembedahan kecil.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Menurutnya, insiden itu diketahui abang mangsa berusia 24 tahun yang sedang berehat di rumah di kampung sama selepas dimaklumkan beberapa penduduk yang melihat kejadian.

“Sejurus dimaklumkan, abang mangsa bergegas ke lokasi kejadian yang tidak jauh dari rumah mereka. Sebaik tiba, abang mangsa melihat adiknya berada dalam keadaan separuh sedar dengan beberapa kesan kecederaan termasuk pada mata.
“Abang mangsa segera membawa adiknya ke klinik berhampiran, namun pihak klinik meminta mangsa dihantar ke Hospital Kemaman bagi rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HSNZ untuk jalani pembedahan kecil,” katanya.

Kata Che Suza, kecederaan dialami mangsa dipercayai akibat ditumbuk dengan buku lima dan lebih parah apabila terkena cincin dipakai suspek, tetapi keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan.

“Siasatan masih dijalankan. Kita sedang mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.







Tuesday, November 18, 2014

Kerja NGO Ni Buat Laporan Sahaja !


utusan malaysia terkini

Kerja NGO Ni Buat Laporan Sahaja !


IdaMan

Kerja NGO Ni Buat Laporan Sahaja !


NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu
[mk]- Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah disunting menyerupai sami Hindu, telah membangkitkan kemarahan NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Ia membuat laporan polis semalam terhadap Facebook  'Bolehland' yang menyiarkan gambar tersebut.

Gambar itu telah disunting dengan wajah Najib ditindih-imej pada tubuh seorang sami Hindu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata ini adalah satu tindakan penghinaan terhadap pemimpin negara dan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera.

                    






Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil ketika suaminya dimakamkan


utusan malaysia terkini

Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil ketika suaminya dimakamkan


indah.com

Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil ketika suaminya dimakamkan

Merdeka.com 19/11/14
Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil saat suaminya dimakamkan
Kristy dan Royce Kirchner. ©Daily Mail 
 Kristy dan Royce Kirchner, pasangan suami isteri dari Negara  Queensland, Australia, sudah tujuh tahun sukar mempunyai anak. Mereka lalu mengikuti program pembuatan bayi tabung uji dan mendokumentasikan semua proses itu melalui video dan mengunggahnya ke  video YouTube.

Namun malang, Royce, 35 tahun, sang suami, meninggal dalam satu kemalangan pada 8 Oktober lalu. Ironisnya, Kristy mengetahui dia akhirnya berhasil hamil sehari sebelum suaminya dikuburkan, seperti dilapor surat khabar the Daily Mail, Isnin (17/11).

Pasangan suami isteri itu harus menabung selama tiga tahun buat mengikuti proses pembuatan bayi tabung uji.

"Saya hamil, tapi seharusnya bukan seperti ini saya mengabarkan berita ini," kata Kirchner sambil menangis. Dia menceritakan kisah sedihnya melalui video YouTube.

Kirchner mengaku dia tidak punya semangat lagi untuk hidup ketika suaminya meninggal. Namun ketika dia tahu sedang hamil, bayinya yang belum lahir dan sudah dinamainya Pacey itu, menyelamatkan hidupnya.

"Kini bayi ini, impian saya dan suami, menjadi alasan bagi saya untuk terus melanjutkan hidup," kata Kirchner.

Kini para pengguna media sosial sedang menggalang dana buat membantu hidup Kirchner, termasuk biaya pemakaman suami dan bayi tabungnya, serta biaya hidupnya ke depan. Setelah 22 hari dana sudah terkumpul sebanyak 16,000.






Mata kail tersangkut di mata


utusan malaysia terkini

Mata kail tersangkut di mata


indah.com

Mata kail tersangkut di mata

Keadaan mangsa sebelum mendapatkan rawatan.  Keadaan mangsa sebelum mendapatkan rawatan.
TUMPAT - Seorang budak lelaki berusia 4 tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di matanya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, petang kelmarin.

Mangsa, Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi terkena mata kail selepas rakan perempuannya melontarkan mata kail itu ke sawah bersebelahan rumah pengasuhnya untuk memancing ikan tetapi tersangkut di mata mangsa.
Pancing tersebut  dijumpai mangsa di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya dan kemudian diberikan kepada rakan perempuannya itu yang sebaya dengannya.

Kejadian kira-kira jam 6 petang disedari pengasuhnya selepas mendengar tangisan Raja Aqiel Al-Hafiz di halaman rumah dan abang mangsa, Raja Afiq Al-Fikri, 6, datang memberitahunya.

Sementara itu, bapa mangsa, Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, anaknya terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana mata kail itu tertusuk ke dalam dan melekat di kelopak mata bawah.

Menurutnya, mata kail yang tersangkut di mata anaknya berjaya dikeluarkan melalui pembedahan.

“Dia kini dalam keadaan stabil dan ditahan beberapa hari di wad untuk rawatan susulan,” katanya.







NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu


utusan malaysia terkini

NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu


indah.com

NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu

19 Nov 2014
Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah disunting menyerupai sami Hindu, telah membangkitkan kemarahan NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Ia membuat laporan polis semalam terhadap Facebook  'Bolehland' yang menyiarkan gambar tersebut.

Gambar itu telah disunting dengan wajah Najib ditindih-imej pada tubuh seorang sami Hindu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata ini adalah satu tindakan penghinaan terhadap pemimpin negara dan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera.
Malaysiakini






Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu


utusan malaysia terkini

Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu


indah.com

Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu

Selasa, 18 November 2014
Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu
Reuters
Militan ISIS mengeksekusi seorang wanita  peguam HAM Irak dengan ditembak di lapangan Spada  22/9 (foto: ilustrasi anggota ISIS). 
 
 BAGHDAD - Gerombolan Negara Islam Irak dan Syria(ISIS) dilaporkan membunuh lima orang dalam satu keluarga, setelah menolak menikahkan puteri mereka dengan seorang anggota ISIS. Demikian Kementerian HAM Irak menjelaskan.

Dalam pernyataan yang diunggah ke web resminya, Ahad (16/11/2014), Kementerian HAM Irak mengatakan ISIS mengeksekusi ayah, ibu dan tiga anak mereka. Tak hanya itu, ISIS menculik sang puteri yang berusia 14 tahun dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

Eksekusi itu dilakukan, setelah keluarga tersebut menolak menikahkan puteri mereka dengan seorang anggota ISIS bernama Jamal Saddam alias Abu Abdallah.
Pernyataan Kementerian HAM Irak ini tidak menjelaskan lokasi kejadian itu dan hanya menyebut insiden itu sebagai sebuah kjenayah yang mengerikan.

ISIS pada awal tahun ini membuat serangan kilat yang mengakibatkan sebahagian wilayah utara Irak jatuh ke tangan kelompok militan itu.

Tak lama setelah menguasai sebahagian wilayah Irak dan Surih, ISIS kemudian memproklamasikan berdirinya Kekalifahan Islam yang menerapkan hukum Islam secara mutlak.

Akibat invasi ISIS yang tak kunjung berakhir dan berulangnya eksekusi pemenggalan terhadap sejumlah sandera, sejumlah negara Barat dan Arab membentuk koalisi yang ketika ini melakukan serangkaian serangan udara terhadap ISIS di Irak dan Syria.
sumber: TRIBUNNEWS.COM






Bukan akui kesilapan tetapi hutang 1MDB - Mahfuz


utusan malaysia terkini

Bukan akui kesilapan tetapi hutang 1MDB - Mahfuz


indah.com

Bukan akui kesilapan tetapi hutang 1MDB - Mahfuz

SALMIYAH HARUN | 18 November 2014.
KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar meragui penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung hutang 1MDB di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempertikaikan penjelasan Ahmad yang mengakui tidak ada niat untuk mengelirukan dewan.

"Pada hari tersebut dia mengelirukan dewan. Seperti bunuh tanpa niat. Ini mengelirukan tanpa niat," bidas Mahfuz ketika mencelah.

Tegas Mahfuz, persoalan yang sebenarnya bukan mengakui kesilapan tetapi hutang 1MDB yang tidak ada jaminan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut mencelah sangsi dengan niat sebenar timbalan menteri berkenaan kerana beliau tidak menyebut apa yang sepatutnya disebut.

"Saya alu-alukan keputusan Speaker yang berbaik sangka kepada timbalan menteri.

"Dia telah tertinggal perkataan pokok sebanyak 2 kali. Maka saya merasakan walaupun keputusan dah dibuat bagi saya sangsi dengan niat menteri," katanya.

Ahmad Maslan mengakui kesilapannya dan tidak berniat untuk mengelirukan dewan berhubung penjelasan hutang 1MDB.

Beliau menjelaskan perkara tersebut setelah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Khas Parlimen kerana didakwa berbohong di dalam dewan.

Sementara itu, Ahmad Maslan mengakui tertinggal enam perkataan ketika membuat penggulungan Bajet 2015 berhubung pelaburan 1MDB pada 6 November lalu.

Beliau hari ini telah memperbetulkan pemahaman kenyataannya yang sepatutnya berbunyi "...tidak ada surat jaminan lain apa semua"..."satu lagi yang disebut mengenai letter of support yang memberi jaminan lain itu sebanarnya tidak ada".

Pada 6 November lalu beliau dilaporkan berkata "...tidak ada surat apa semua"..."satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada".

Enam perkataan tersebut adalah "jaminan lain" dan "yang memberi jaminan lain".

Sebelum itu, Rafizi yang membacakan usulnya meminta Ahmad Maslan menjelaskan sama ada hutang 1MDB bernilai RM5.8 billion yang dijamin kerajaan mempunyi surat sokongan atau tidak.

"Saya menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan tersebut menyebabkan salah faham. Saya tidak ada sebarang niat untuk mengelirukan dewan.

"Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada hamba-Nya. Maaf dan terima kasih," jelas Ahmad.

Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menjelaskan kenyataan di dalam 'handsard' boleh diperbetulkan dengan menambah ayat atas budi bicara Speaker mengikut Paraturan Mesyuarat 10(4).

"Tak payahlah dibahas atau dirujuk mana-mana sebab dia tidak ada niat untuk kelirukan dewan," katanya. - HARAKAHDAILY 18/11/2014






Anda Jangan Terkejut Lihat Siapa Pemilik Rambut Ini


utusan malaysia terkini

Anda Jangan Terkejut Lihat Siapa Pemilik Rambut Ini


dairishare

Anda Jangan Terkejut Lihat Siapa Pemilik Rambut Ini

 Cuba lihat rambut cantik ini, kelihatannya pemiliknya cukup awesome.








Habuan seks: Pegawai Keda mengaku tak salah


utusan malaysia terkini

Habuan seks: Pegawai Keda mengaku tak salah


indah.com

Habuan seks: Pegawai Keda mengaku tak salah

18 Nov 2014 - Malaysiakini
Seorang pegawai tadbir Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini terhadap dua tuduhan membabitkan layanan seks sebagai dorongan membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kedah.
  
Bagi tuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken (KFC), Jalan Limbong Kapal di Alor Setar pada 10.45 pagi, 10 November lepas.
  
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
  
Heris juga dituduh memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama di bilik bernombor 101, Hotel Royale Jalan Putra di Alor Setar pada 2.45 petang, 13 November lepas.
  
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Firdaus Sekman@Abdullah manakala tertuduh belum melantik peguam.
  
Hakim Azhar Mokhtar menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
  
Heris membayar jaminan berjumlah RM8,000 itu.
  
Sebelum itu, dalam rayuannya Heris memberitahu dia telah berkhidmat dengan Keda selama 33 tahun dan kini merupakan Pegawai Tadbir gred N44.
  
Azhar kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu selain membolehkan tertuduh melantik peguam.
  
-Bernama






Gambar Kilang Mihun Yang Menjijikkan Tersebar


utusan malaysia terkini

Gambar Kilang Mihun Yang Menjijikkan Tersebar


dairishare

Gambar Kilang Mihun Yang Menjijikkan Tersebar


Foto ini diambil di dalam sebuah kilang mi di Dongguan City, China dan kemudiannya dimuat naik ke Weibo, platform microblogging China, di mana keadaan pemprosesan yang tidak bersih mereka didedahkan.













Pemerintah kota Canberra Ajak Warga Tidur di Luar untuk Rasakan Derita Tunawisma


utusan malaysia terkini

Pemerintah kota Canberra Ajak Warga Tidur di Luar untuk Rasakan Derita Tunawisma


indah.com

Pemerintah kota Canberra Ajak Warga Tidur di Luar untuk Rasakan Derita Tunawisma

  17 November 2014   
 
ABC Australia Ratusan warga kota Canberra, Australia mengikuti acara 'sleepout' untuk ikut merasakan penderitaan para tunawisma di kota itu.


CANBERRA,   Pemerintah kota Canberra, Australia memiliki acara unik yang diadakan setiap tahunnya, yakni 'sleepout'. Acara ini mengajak warga ibu kota Australia itu untuk tidur di alam terbuka.

Sesuai namanya, 'Sleepout', para warga diajak untuk merasakan tidur di luar ruangan, dengan hanya beratapkan langit.  Acara yang diadakan pada Jumaat (14/11/2014) itu dimaksudkan untuk meningkatkan kepedulian terhadap para tunawisma atau mereka yang tidak punya rumah.

Lebih dari 700 warga ikut dalam acara tahun ini, dengan membawa tikar dan sleeping bag mereka memenuhi lapangan Australian Institute of Sport, yang biasanya digunakan untuk berolahraga.

Tepat pada pukul 22.00, lampu yang menerangi lapangan tersebut dimatikan agar mereka yang terbiasa tidur lebih awal boleh beristirahat.
"Tahun lalu, beberapa orang ada yang masih bercakap-cakap atau berkumpul hingga tengah malam. Banyak hal yang menyenangkan dan aktiviti yang boleh diikuti hingga malam hari," ujar Lynne Harwood, CEO dari Communities at Work, penganjur acara tersebut.

"Warga boleh bergabung dengan berbagai cara. Mereka boleh bergabung dan ikut tidur di luar, atau menyumbang wang, atau memberikan dana bagi mereka yang ikut tidur di luar," tambahnya.

Frank Brassil, presiden dari yayasan St Vincent De. Paul's Society mengatakan jumlah tunawisma di ibu kota Canberra telah menjadi masalah yang terus meningkat.

"Mungkin ada sekitar 1,500 orang yang tidur di luar setiap harinya dan mereka adalah tunawisma, atau terancam jadi tunawisma," jelasnya.
Tunawisma di ibu kota Australia ini boleh juga muncul dalam beberapa jenis, seperti misalnya ikut menumpang tidur di rumah orang lain, tinggal di kereta, atau di tempat tinggal sementara.

"Jika ada yang tidak memiliki bumbung yang selamat, atau tempat untuk ditinggali, tempat yang membuat selamat, maka boleh dikategorikan sebagai tunawisma. Jumlah tunawisma di Canberra cukup signifikan," kata Brassil.

Melalui acara ini, Harwood berharap menjadi kesempatan bagi orang-orang untuk merefleksikan diri dengan mencari tahu apa yang bisa dilakukan untuk mengatasi masalah tunawisma.

"Acara ini benar-benar untuk menyeimbangkan antara bersenang-senang dan menyampaikan pesan soal malangnya nasib para tunawisma," kata Harwood.
Sangatlah sukar untuk menjadi kaum yang miskin di ibu kota Canberra terutama di musim dingin, selain itu biaya hidup yang sangat tinggi, termasuk untuk menyewa tempat tinggal, apalagi untuk membeli rumah.

Editor : Ervan Hardoko
Sumber: ABC Australia/ KOMPAS.com






Foto bayi dalam rahim tersenyum


utusan malaysia terkini

Foto bayi dalam rahim tersenyum


indah.com

Foto bayi dalam rahim tersenyum

18/11/14
Bayi belum lahir ini tersenyum dalam perut ibunya
John dan Charlotte Steel bersama foto janin mereka. ©Daily Mail 
 Pasangan suami isteri dari Kota Manchester, John dan Charlotte Steel sedang    berbahagia kerana mereka sedang menanti kehadiran anak yang sudah diberi nama Leo Hargreaves.

Menurut laporan dari surat khabar Daily Mail, Selasa (18/11), sang jabang bayi terlihat tersenyum lebar di dalam kandungan yang berusia 31 minggu. Ia seperti gembira berada di dalam perut ibunya. Gambar itu diperoleh dari pemindaian empat dimensi.

Dalam pemindaian empat dimensi, para orang tua dapat melihat keadaan si jabang bayi secara lebih detil. Gambar janin lebih nyata dibandingkan dengan pemindai dua dimensi yang terlihat datar saja. Pada gambar 4D pemindaian dilakukan dari berbagai sisi lalu digabungkan sehingga menghasilkan gambar yang lebih jelas. Gambar-gambar itu kemudian dirakam dalam bentuk video.
Sumber: Merdeka.com







'Beri rakyat pendidikan lemah untuk kekal popular'


utusan malaysia terkini

'Beri rakyat pendidikan lemah untuk kekal popular'


indah.com

'Beri rakyat pendidikan lemah untuk kekal popular'

18 Nov 2014
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan polisi pendidikan negara yang bersifat populis membentuk jurang perkauman yang luas dan kekayaan antara pelajar sekolah.

"Ia seolah-olah ibu bapa yang miskin mesti menerima pendidikan yang lemah untuk anak-anak mereka, supaya ahli politik boleh jadi popular," kata beliau dalam blognya hari ini.

Walau semua cucunya kini belajar di sekolah antarabangsa dan melanjutkan pelajaran ke luar negara, Dr Mahathir berkata anak-anaknya pula pergi ke sekolah kebangsaan.

"Mereka (cucunya) bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan mereka meluaskan jurang antara bangsa, begitu juga antara yang miskin dan kaya," katanya.

Dr Mahathir mengaitkan sewaktu negara mahu menukar semua sekolah ke sekolah kebangsaan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan, anak-anak daripada budaya yang berbeza mengenali dan rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, katanya, selepas bantahan daripada komuniti Cina, mendorong kerajaan membuat "keputusan bersifat politik" dengan membenarkan sekolah vernakular diwujudkan.
Malaysiakini






Tak sama dengan apa yang dibayangan, Lelaki ceraikan isteri di majlis resepsi


utusan malaysia terkini

Tak sama dengan apa yang dibayangan, Lelaki ceraikan isteri di majlis resepsi


indah.com

Tak sama dengan apa yang dibayangan, Lelaki ceraikan isteri di majlis resepsi

18/11/14
Tak sesuai bayangan, Pria Saudi ceraikan istri baru dinikahi
Gambar hiasan pernikahan di Arab Saudi. dailymail.co.uk ©2014 Merdeka.com Seorang lelaki Arab Saudi baru menikah terus menceraikan  isterinya di malam resepsi sebab dia melihat wajah pasangannya itu tidak sesuai dengan yang dibayangkan.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan,  17/11 , pasangan ini berasal dari wilayah barat Kota Madinah. Mereka setuju menikah meski belum bertemu dan melihat wajah satu sama lain. Namun cara ini disebut taaruf amat popular di Saudi.

Ketika hendak sesi foto di malam resepsi, sang pengantin wanita membuka cadarnya lalu tersenyum ke arah kamera. Tapi suami barunya malah menyingkirkan tubuhnya seolah jijik. "Kamu bukan gadis yang ingin saya nikahi. Wajahmu tidak seperti yang saya bayangkan. Maaf, tapi saya ceraikan kamu," ujar mempelai lelaki.

Menurut media lokal mempelai perempuan terus menangis dan akhirnya jatuh pengsan. Resepsi itu   membuat para tetamu panik dan mereka mencuba mencari solusinya. Namun usaha ini menemui jalan buntu. Si lelaki tetap kukuh menceraikan isteri baru beberapa jam dinikahinya itu.

Kelakuan si memperlai lelaki mengundang kecaman pengguna jejaring sosial. Ramai yang menyumpahinya agar menderita dan menjadi bujangan seumur hidup. "Dia seharusnya melihat kecantikan karakter wanita itu dan bukan wajahnya. Semoga perempuan itu mendapat pasangan yang lebih baik dan Tuhan memberikan apa yang dia inginkan," ujar salah satu netizen.

Sementara pengguna Twitter bernama Abu Nass mengatakan lelaki itu bukan lelaki  sejati dan amat memalukan. "Tidak ada yang memaksanya menikahi wanita itu. Seharusnya dia boleh melihat wajahnya sebelum menikah dan tak perlu menungguh sampai resepsi. Dia itu pencundang dan selamanya menjadi pecundang," ujar Nass geram.
sumber:Merdeka.com






Monday, November 17, 2014

Ditetak rakan karib


utusan malaysia terkini

Ditetak rakan karib


indah.com

Ditetak rakan karib

Mangsa yang cedera parah pada kedua-dua tangan selepas ditetak dengan senjata tajam dipercayai kelewang dibantu beberapa penduduk di tempat kejadian.  Mangsa yang cedera parah pada kedua-dua tangan selepas ditetak dengan senjata tajam
TUMPAT - Seorang pemuda cedera parah pada kedua-dua tangan setelah ditetak dengan kelewang oleh rakan karibnya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kutan, Pasir Pekan, di sini, petang kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa, Mohamad Shahrul Riduan Sudin, 25 terserempak dengan suspek di sebatang jalan di kampung berkenaan pada kira-kira jam 5 petang.

Dua minggu sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan ada meminta suspek memulangkan empat sport rim miliknya dan suspek bersetuju untuk menurut permintaan mangsa.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menaiki motosikal, melalui jalan tersebut dan terserempak dengan suspek di tempat kejadian.

Menurutnya, suspek telah memanggil mangsa dan kemudiannya menyerang mangsa menggunakan sebilah senjata tajam dipercayai kelewang.

"Mangsa yang ketika itu berseorangan tidak mampu mempertahankan diri daripada serangan suspek," katanya.

Tambahnya, kejadian tersebut menyebabkan mangsa cedera parah pada kedua-dua tangan dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau turut memaklumkan, polis telah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

"Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah dimaklumkan untuk mengesan suspek kerana dia merupakan seorang penagih dadah.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun," katanya.







(4 Gambar) kemalangan Alza dan lori di Dungun 3 maut


utusan malaysia terkini

(4 Gambar) kemalangan Alza dan lori di Dungun 3 maut


BeritaPantas92

(4 Gambar) kemalangan Alza dan lori di Dungun 3 maut

Nahas lori dan MPV Alza di Dungun pagi tadi.

Telefon pintar cecair serba baru rakyat Malaysia telah menjangkakan akhirnya di sini!

Tiga terbunuh selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza bertembung dengan sebuah lori treler bermuatan kayu balak di Bandar al Muktafibilllah, Dungun pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, berlaku berdekatan sebuah kilang sawit.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Al fatihah kepada semua mangsa. | beritasanasini









Hampir 70 pekerja KTM dipecat setakat ini


utusan malaysia terkini

Hampir 70 pekerja KTM dipecat setakat ini


indah.com

Hampir 70 pekerja KTM dipecat setakat ini

Malaysiakini  17 Nov 2014
Sudah 69 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dipecat setakat ini setelah terlibat dengan piket 9 Mei lalu yang mendesak presiden syarikat itu berundur kerana didakwa kurang cemerlang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan kepada Malaysiakini semalam.

“Pembuangan seramai 69 orang ini adalah sejarah negara kerana menjadi pemecatan besar-besaran di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan pemecatan terkini itu, tetapi tidak menyatakan angka sebenar.

“Ya, ada pekerja yang dipecat tapi saya tidak ada data tentang mereka,” katanya yang juga ahli parlimen Langkawi ketika dihubungi hari ini.

“Hal ini pihak pengurusan yang tentukan dan akan mengambil tindakan tata tertib, jadi tindakan tata tertib tu berjalanlah.”

Piket sebelum ini disertai ratusan anggota RUM bagi mendesak Presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2 Mei 2012.

NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.






Anda Pasti Sukar Mempercayai Apa Yang Anda Lihat Ini


utusan malaysia terkini

Anda Pasti Sukar Mempercayai Apa Yang Anda Lihat Ini


dairishare

Anda Pasti Sukar Mempercayai Apa Yang Anda Lihat Ini

Gambar-gambar suasana nostalgia dalam bilik Jepun dan bangunan yang di bina dengan sempurna. Tetapi anda pasti sukar mempercayai di sebalik kebenaran semua in? Sila lihat gambar-gambar yang menakjubkan ini untuk mendedahkan semua ini.









Adakah anda sudah jumpa penyelesaiannya? Jawapannya adalah bahawa bilik-bilik dan bangunan ini sebenarnya semua miniatur. Dibuat oleh '3-D miniature artisan' Ichiyoh Haga, setiap satu dengan susah payah untuk mencipta dunia sebenar dalam bentuk kecil. Setiap satu yang yang di bina adal sangat terperinci untuk kelihatan sempurna sebagai perkara yang sebenar dan kerja-kerja Ichiyoh ini mengatasi masa dan ruang untuk menguasai suasana nostalgia Meiji Jepun dan era Showa.

Ichiyoh berusia 66 tahun mula membuat miniatur pada tahun 1995 dan kini kerap mempamerkan dan menjual ciptaan-Nya, dan kerja-kerja juga telah digunakan dalam filem. Miniatur telah lama menjadi sebahagian daripada industri filem, dan telah mendapat pengiktirafan lebih dari Peter Jackson "Lord of the Rings dan The Hobbit" trilogies filem di mana Bengkel Weta dibuat menggunakan miniatur besar, yang mereka sebut 'bigatures', yang boleh menampung penggunaan kamera kecil untuk rakaman.










Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri


utusan malaysia terkini

Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri


indah.com

Kisah Polis Baik Hati, Mengganti Basikal Seorang Kanak-kanak Yang Dicuri

17 November 2014
 
 Foto: copyright Kfor.com.
Vemale.com - Bagi Weaver, basikalnya adalah benda yang paling ia sayangi. Kanak-kanak  berusia 13 tahun ini menunggang basikalnya  ke sekolah, dan ke tempat-tempat yang baginya menyenangkan. Namun dia sangat sedih ketika beberapa waktu yang lalu, bsikalnya dicuri orang.

Ingin mendapatkan kembali basikalnya yang telah dicuri, Weaver melaporkan kehilangannya ke balai polis  terdekat.

"Ketika seseorang mencurinya dariku, seorang jiran  mengatakan bahawa aku harus melaporkan pencurian tersebut," ungkap Weaver, seperti dilansir kfor.com.
Weaver dan John, polisi yang baik hati. | copyright Kfor.com 
Gambar Weaver dan John, polis  yang baik hati. | copyright Kfor.com
Weaver lantas membuat laporan di balai polis  Oklahoma. Seorang polis  bernama John Idlett menerima laporan kanak-kanak itu dengan baik. Dan yang mengejutkan, John tidak hanya menerima dan menindaklanjuti pelaporan itu sebagaimana mestinya.

Polis  ini tahu bahawa bsikal itu sangat penting ertinya bagi Weaver, kerana itu John kemudian membeli sebuah basikal baru dan menghantarkannya ke rumah kanak-kanak itu. Keluarga Weaver sangat terkejut sekaligus gembira. Mereka sangat bersyukur polis  yang bertugas mengamankan daerah mereka ternyata sangat bertanggung jawab dan menganggap pencurian tersebut adalah tanggung jawabnya.

Alangkah indahnya dunia ini bila semua orang memiliki kebaikan hati serta tanggung jawab seperti yang dimiliki oleh John sang polis, terutama para pejabat yang pekerjaannya melayani masyarakat luas.