Wednesday, November 19, 2014

'Perwakilan Umno jangan jadi kaki bodek'


utusan malaysia terkini

'Perwakilan Umno jangan jadi kaki bodek'


indah.com

'Perwakilan Umno jangan jadi kaki bodek'

sinar harian
Umno  Umno
KUALA LUMPUR - Perwakilan yang bakal mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2014 yang bermula Selasa depan perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti. 
   
Mereka jangan sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin, kata beberapa penganalisis politik. 
 
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, teguran membina itu penting untuk memastikan Umno yang merupakan parti keramat orang Melayu terus relevan, mantap dan benar-benar  mendasari keperluan masyarakat. 
 
Katanya, jurucakap perlu sedar bahawa mereka hadir ke perhimpunan tersebut untuk menyampaikan suara anggota parti di peringkat akar umbi amnya serta rakyat di seluruh negara khasnya dan bukan menjadi kaki "bodek". 
    
"Berucaplah mengikut keadaan sebenar. Kadang kala ada jurucakap yang hanya puji pentadbiran tapi tak berani tegur kepincangan yang ada dan ini amat merugikan masa.
    
"Perlu diingat bahawa perhimpunan (Umno) ini amat penting sebagai persediaan parti untuk menghadapi PRU14 dan jangan jadikan ia pentas untuk raih populariti," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
 
Senada dengan Md Shukri, Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata, perwakilan tidak perlu mengucapkan sesuatu yang 'indah khabar dari rupa' demi menjaga hati pemimpin. 
    
"Jangan khabarkan semuanya elok dan baik sahaja sedangkan kalau ada kenyataan yang tak baik disimpan 'bawah karpet', bimbang nanti bila pecah tembelang ia akan mencemarkan imej dan nama parti. 
    
"Sudah sampai masanya ahli Umno berani menegur pemimpin dan pemimpin itu walau macam mana pahit teguran itu mereka harus telan," katanya. 
    
Ismail menarik perhatian perhimpunan kali ini harus menjadi medan terbaik untuk ahli Umno bermuhasabah, menginsafi diri serta mengukuhkan perpaduan yang sedikit keruh selepas pemilihan parti tahun lalu. 
    
"Saya dapati masih ramai yang ada rasa dendam dan dengki selepas pemilihan tahun lalu dan masalah ini perlu ditangani segera kerana jika tidak sampai bila-bila perubahan dalam parti tidak mampu dilaksanakan dengan berkesan," katanya. 
 
Sementara itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, selain berani menegur pemimpin, jurucakap yang dipilih juga harus meluaskan skop perbahasan dengan membangkitkan isu-isu nasional seperti kenaikan kos sara hidup. 
    
Katanya, tindakan itu penting untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Umno bukan sekadar parti yang memperjuangkan nasib kaum Melayu, sebaliknya mampu menjadi 'juara' semua lapisan kaum, bangsa dan agama. 
    
"Buktkikan kepada orang di luar sana bahawa Umno boleh (jadi) parti yang hebat," katanya.
    
Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. - Bernama






Padah skandal, suami belasah kekasih isteri


utusan malaysia terkini

Padah skandal, suami belasah kekasih isteri


indah.com

Padah skandal, suami belasah kekasih isteri

sinar harian

KUALA TERENGGANU - Angkara cemburu, seorang suami nekad membelasah lelaki dipercayai kekasih isterinya sehingga nyaris buta dalam kejadian di Kampung Baru Kiri, Kemasik, Chukai, Kemaman pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang cedera di mata dikejarkan ke Klinik Kemasik sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.
Bagaimanapun, disebabkan kecederaan yang serius pada selaput mata, mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pembedahan kecil.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Menurutnya, insiden itu diketahui abang mangsa berusia 24 tahun yang sedang berehat di rumah di kampung sama selepas dimaklumkan beberapa penduduk yang melihat kejadian.

“Sejurus dimaklumkan, abang mangsa bergegas ke lokasi kejadian yang tidak jauh dari rumah mereka. Sebaik tiba, abang mangsa melihat adiknya berada dalam keadaan separuh sedar dengan beberapa kesan kecederaan termasuk pada mata.
“Abang mangsa segera membawa adiknya ke klinik berhampiran, namun pihak klinik meminta mangsa dihantar ke Hospital Kemaman bagi rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HSNZ untuk jalani pembedahan kecil,” katanya.

Kata Che Suza, kecederaan dialami mangsa dipercayai akibat ditumbuk dengan buku lima dan lebih parah apabila terkena cincin dipakai suspek, tetapi keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan.

“Siasatan masih dijalankan. Kita sedang mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.







Tuesday, November 18, 2014

Kerja NGO Ni Buat Laporan Sahaja !


utusan malaysia terkini

Kerja NGO Ni Buat Laporan Sahaja !


IdaMan

Kerja NGO Ni Buat Laporan Sahaja !


NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu
[mk]- Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah disunting menyerupai sami Hindu, telah membangkitkan kemarahan NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Ia membuat laporan polis semalam terhadap Facebook  'Bolehland' yang menyiarkan gambar tersebut.

Gambar itu telah disunting dengan wajah Najib ditindih-imej pada tubuh seorang sami Hindu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata ini adalah satu tindakan penghinaan terhadap pemimpin negara dan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera.

                    






Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil ketika suaminya dimakamkan


utusan malaysia terkini

Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil ketika suaminya dimakamkan


indah.com

Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil ketika suaminya dimakamkan

Merdeka.com 19/11/14
Tujuh tahun menunggu, wanita ini hamil saat suaminya dimakamkan
Kristy dan Royce Kirchner. ©Daily Mail 
 Kristy dan Royce Kirchner, pasangan suami isteri dari Negara  Queensland, Australia, sudah tujuh tahun sukar mempunyai anak. Mereka lalu mengikuti program pembuatan bayi tabung uji dan mendokumentasikan semua proses itu melalui video dan mengunggahnya ke  video YouTube.

Namun malang, Royce, 35 tahun, sang suami, meninggal dalam satu kemalangan pada 8 Oktober lalu. Ironisnya, Kristy mengetahui dia akhirnya berhasil hamil sehari sebelum suaminya dikuburkan, seperti dilapor surat khabar the Daily Mail, Isnin (17/11).

Pasangan suami isteri itu harus menabung selama tiga tahun buat mengikuti proses pembuatan bayi tabung uji.

"Saya hamil, tapi seharusnya bukan seperti ini saya mengabarkan berita ini," kata Kirchner sambil menangis. Dia menceritakan kisah sedihnya melalui video YouTube.

Kirchner mengaku dia tidak punya semangat lagi untuk hidup ketika suaminya meninggal. Namun ketika dia tahu sedang hamil, bayinya yang belum lahir dan sudah dinamainya Pacey itu, menyelamatkan hidupnya.

"Kini bayi ini, impian saya dan suami, menjadi alasan bagi saya untuk terus melanjutkan hidup," kata Kirchner.

Kini para pengguna media sosial sedang menggalang dana buat membantu hidup Kirchner, termasuk biaya pemakaman suami dan bayi tabungnya, serta biaya hidupnya ke depan. Setelah 22 hari dana sudah terkumpul sebanyak 16,000.






Mata kail tersangkut di mata


utusan malaysia terkini

Mata kail tersangkut di mata


indah.com

Mata kail tersangkut di mata

Keadaan mangsa sebelum mendapatkan rawatan.  Keadaan mangsa sebelum mendapatkan rawatan.
TUMPAT - Seorang budak lelaki berusia 4 tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di matanya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, petang kelmarin.

Mangsa, Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi terkena mata kail selepas rakan perempuannya melontarkan mata kail itu ke sawah bersebelahan rumah pengasuhnya untuk memancing ikan tetapi tersangkut di mata mangsa.
Pancing tersebut  dijumpai mangsa di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya dan kemudian diberikan kepada rakan perempuannya itu yang sebaya dengannya.

Kejadian kira-kira jam 6 petang disedari pengasuhnya selepas mendengar tangisan Raja Aqiel Al-Hafiz di halaman rumah dan abang mangsa, Raja Afiq Al-Fikri, 6, datang memberitahunya.

Sementara itu, bapa mangsa, Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, anaknya terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana mata kail itu tertusuk ke dalam dan melekat di kelopak mata bawah.

Menurutnya, mata kail yang tersangkut di mata anaknya berjaya dikeluarkan melalui pembedahan.

“Dia kini dalam keadaan stabil dan ditahan beberapa hari di wad untuk rawatan susulan,” katanya.







NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu


utusan malaysia terkini

NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu


indah.com

NGO lapor polis, wajah Najib disunting menyerupai sami Hindu

19 Nov 2014
Gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah disunting menyerupai sami Hindu, telah membangkitkan kemarahan NGO Melayu, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Ia membuat laporan polis semalam terhadap Facebook  'Bolehland' yang menyiarkan gambar tersebut.

Gambar itu telah disunting dengan wajah Najib ditindih-imej pada tubuh seorang sami Hindu.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata ini adalah satu tindakan penghinaan terhadap pemimpin negara dan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera.
Malaysiakini






Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu


utusan malaysia terkini

Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu


indah.com

Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu

Selasa, 18 November 2014
Satu Keluarga Dibunuh karena Tolak Anggota ISIS Jadi Menantu
Reuters
Militan ISIS mengeksekusi seorang wanita  peguam HAM Irak dengan ditembak di lapangan Spada  22/9 (foto: ilustrasi anggota ISIS). 
 
 BAGHDAD - Gerombolan Negara Islam Irak dan Syria(ISIS) dilaporkan membunuh lima orang dalam satu keluarga, setelah menolak menikahkan puteri mereka dengan seorang anggota ISIS. Demikian Kementerian HAM Irak menjelaskan.

Dalam pernyataan yang diunggah ke web resminya, Ahad (16/11/2014), Kementerian HAM Irak mengatakan ISIS mengeksekusi ayah, ibu dan tiga anak mereka. Tak hanya itu, ISIS menculik sang puteri yang berusia 14 tahun dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

Eksekusi itu dilakukan, setelah keluarga tersebut menolak menikahkan puteri mereka dengan seorang anggota ISIS bernama Jamal Saddam alias Abu Abdallah.
Pernyataan Kementerian HAM Irak ini tidak menjelaskan lokasi kejadian itu dan hanya menyebut insiden itu sebagai sebuah kjenayah yang mengerikan.

ISIS pada awal tahun ini membuat serangan kilat yang mengakibatkan sebahagian wilayah utara Irak jatuh ke tangan kelompok militan itu.

Tak lama setelah menguasai sebahagian wilayah Irak dan Surih, ISIS kemudian memproklamasikan berdirinya Kekalifahan Islam yang menerapkan hukum Islam secara mutlak.

Akibat invasi ISIS yang tak kunjung berakhir dan berulangnya eksekusi pemenggalan terhadap sejumlah sandera, sejumlah negara Barat dan Arab membentuk koalisi yang ketika ini melakukan serangkaian serangan udara terhadap ISIS di Irak dan Syria.
sumber: TRIBUNNEWS.COM