Friday, August 1, 2014

Inilah Kawasan Paling Panas Di Amerika


utusan malaysia terkini

Inilah Kawasan Paling Panas Di Amerika


dairishare

Inilah Kawasan Paling Panas Di Amerika



Untuk menunjukkan suhu panas yang melampau, kakitangan The Death Valley National Park berjaya menggoreng telur menggunakan cahaya panas matahari. Perkara ini malah diikuti para pengunjung yang menggoreng telur merata-rata, mengotorkan kawasan tersebut.

Sebuah video yang dimuat naik ke laman YouTube (05/07/2013) oleh Death Valley National Park berjaya menarik perhatian masyarakat.Hanya meletakkan di atas batu-batu, sebiji telur boleh masak dalam beberapa minit sahaja.

The Death Valley National Park adalah gurun berlembah yang terletak di California Timur, Amerika Syarikat. Tempat ini merupakan kawasan dengan titik terendah dan terkering di Amerika bahagian selatan. Death Valley memegang rekod suhu tertinggi di bumi dengan 57 darjah Celsius.

Demonstrasi video yang sekaligus mengesyorkan para pengunjung jika ingin bereksperimen harus menggunakan kuali. Tetapi, pekara tersebut malah tidak dicontohi oleh para pengunjung.

Banyak dari pengunjung yang cuba memasak telur terus di atas tanah atau batu. Selain itu, mereka membuang bungkusan telur merata-rata.

"Kru pemulihan The Death Valley National Park sangat sibuk membersihkan telur mata kerbau yang dipecahkan di kaki lima, termasuk karton bungkusan dan kulit telur di kawasan parkir," jelas pihak taman negara dalam Facebook rasmi (05/07/2013).






No comments:

Post a Comment