Tuesday, August 26, 2014

BERSIH: Mansuhkan Akta Hasutan segera


utusan malaysia terkini

BERSIH: Mansuhkan Akta Hasutan segera


indah.com

BERSIH: Mansuhkan Akta Hasutan segera

26 Aug 2014
Gabungan NGO BERSIH mendesak agar kerajaan segera memansuhkan Akta Hasutan 1948, yang didakwa disalahgunakan untuk menekan pandangan yang berbeza daripada pandangan kerajaan.

"Dengan perkembangan mutakhir ini, jelaslah bahawa Akta Hasutan akan terus digunakan bagi mendakwa dan menekan mana-mana pihak yang bercanggah dengan pandangan dari status quo.

"Hal ini terang-terangan bertentangan dengan semangat demokrasi yang sentiasa meraikan perbezaan hujah dan pandangan,” kenyataan BERSIH dipetik.

BERSIH antara lainnya menamakan empat MP Pakatan Rakyat, seorang aktivis mahasiswa dan seorang presiden NGO dalam senarai individu yang telah didakwa di bawah akta itu mutakhir ini:
Khalid Samad (MP Shah Alam)N Surendran (MP Padang Serai)Teresa Kok (MP Seputeh)Tian Chua (MP Batu)Adam Adli (aktivis siswa)Abdullah Zaik Abdul Rahman (presiden ISMA)Esok, seorang lagi wakil rakyat Pakatan, ADUN Seri Delima, Pulau Pinang RSN Rayer juga dijangka akan didakwa di bawah akta yang sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 11 Julai 2012 mengumumkan akta itu dimansuhkan dan akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

Namun, mutakhir ini terdapat gesaan untuk mengekalkan Akta Hasutan walaupun kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara sedang merangka rang undang-undang baru digelar Akta Keharmonian Nasional. Malaysiakini






No comments:

Post a Comment