Wednesday, August 27, 2014

Kanak-kanak yang ditanam hidup-hidup selamat dari kematian


utusan malaysia terkini

Kanak-kanak yang ditanam hidup-hidup selamat dari kematian


indah.com

Kanak-kanak yang ditanam hidup-hidup selamat dari kematian

28/8/14
 
Gambar hiasan
NEW DELHI,Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dikubur hidup-hidup diselamatkan seorang warga desa Nevrajpur, Daerah Sitapur, India.
Menurut polis , gadis yang disebut bernama Tanu itu dipujuk orang yang mengaku ibu dan bapa saudaranya untuk ikut ke sebuah perayaan dkampung.Namun, di jalan, mereka mencekik kanak-kanak itu hingga pengsan. Kemudian, kedua orang itu mengubur Tanu di sebuah ladang tebu kerana mengira anak itu sudah meninggal. Ternyata, anak kecil itu belum lagi meninggal ketika dikuburkan.

Tak berapa lama, seorang penduduk kampung Maanpur, Alok Kumar, mendengar suara tangisan dan seruan minta tolong. Setelah mencari sumber suara, Kumar menemui Tanu yang berhasil mengeluarkan kepalanya, tetapi badannya masih terkubur. Alok Kumar segera menggali tanah, mengeluarkan Tanu, dan membawanya ke balai polis dan selanjutnya membawa Tanu ke rumah sakit.

KTanu memberitahu   polis ,   yang pada lehernya masih menampakkan kesan cekikan, dan dia mengaku berasal dari desa Semri Gaura, dan tinggal bersama ibunya di Daerah Hariomnagar, Madiyon, Lucknow. Namun, ibunya sudah lama pula meninggalkan desanya.Seperti dilaporkan BBC Hindi, polis  masih memburu suspek yang  mengaku sebagai bapa dan ibu saudaranya, serta mencari ibunya. Sementara itu, Tanu kini dirawat oleh neneknya.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: BBC Indonesia/ KOMPAS.com 






No comments:

Post a Comment