Friday, August 22, 2014

Wan Azizah masih tunggu jawapan istana


utusan malaysia terkini

Wan Azizah masih tunggu jawapan istana


indah.com

Wan Azizah masih tunggu jawapan istana

22 Aug 2014
22/8/14
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih menunggu jawapan sama ada beliau akan diterima masih menghadap sultan Selangor.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif pagi tadi, Wan Azizah berkata pihak istana mengesahkan menerima permohonan itu.

"Datuk (Mohamad) Munir (Bani) memaklumkan permohonan itu sudah dipanjangkan kepada baginda dan kami sedang menunggu jawapan," katanya, merujuk kepada setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ini adalah permohonan kedua selepas istana menolak surat permohonan pertama yang ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan pertama itu ditolak kerana sultan menyatakan bahawa baginda sudahpun dimaklumkan mengenai krisis politik Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas tentang tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadap Sultan Selangor berkenaan isu MB, Wan Azizah berkata perkara itu hanya diketahuinya selepas ia berlangsung.

Namun, beliau mengetahui mengenai pertemuan tersebut sebelum ia dilaporkan di media, dan menganggapnya sebagai ziarah sempena sambutan Syawal.

"Rasanya beliau (Hadi) mengadap Sultan pada Hari Raya ketiga atau keempat (dalam bulan) Syawal.

"Jadi ia mungkin satu perjumpaan sempena Hari Raya. Bila jumpa masa Hari Raya, kita tak perlu maklum pada orang lain," kata ADUN Kajang itu.

Tindakan Hadi mengadap Sultan itu meniupkan spekulasi bahawa Wan Azizah bukan calon yang menjadi pilihan pihak istana untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wan Azizah berkata, ia hanya spekulasi yang dibangkitkan oleh individu tertentu, sedangkan beliau sendiri masih belum mendapat kepastian sebenar dari baginda.

Berikut adalah sedutan daripada wawancara pagi tadi:

Malaysiakini: Adakah terdapat sebarang halangan untuk Datuk Seri menjadi MB?

Wan Azizah: Kita ada penguasa negeri di negeri kita ini. Tuanku (Sultan Selangor) adalah pemerintah tersebut dan baginda adalah pemerintah negeri yang sangat berpendidikan.

Dan saya fikir, beliau pastinya ada 'pilihannya' yang tersendiri. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri menetapkan pemimpin yang disokong majoriti akan mentadbir negeri.

Justeru, perkara ini pastinya akan dipertimbangkan oleh Tuanku dengan sewajarnya.

Malaysiakini: Datuk Seri sebut tadi Tuanku ada pilihannya sendiri dan jika baginda tidak menggemari Datuk Seri. Siapa yang akan PKR calonkan?

Wan Azizah: Kalau begitu kita perlu kembali kepada parti, kerana saya adalah presidennya.

Malaysiakini: Mungkinkah Azmin orangnya (sebagai calon MB alternatif)?

Wan Azizah: Tidak, tidak kerana dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, saya rasa (Lim) Guan Eng orang yang sebut bahawa memandangkan PAS mencalonkan nama Azmin dalam mesyuarat Pakatan - dan saya tiada kerana saya adalah pihak berkepentingan - DAP berpandangan kita perlu kembali kepada kepimpinan Pakatan untuk memilih nama lain.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri mengatakan Sultan sebagai halangan, kerana soalan yang ditujukan sebelum ini bertanya tentang apakah halangan tersebut?

Wan Azizah: Tidak, itu adalah perkara yang orang cakap-cakapkan. Mereka dakwa Tuanku suka orang itu, suka orang ini. Saya masih menunggu untuk mengadap baginda. Dia (Aidila) bertanya tentang halangan sebagai satu cara...

Malaysiakini: Jadi Tuanku sebagai halangan satu persepsi?

Wan Azizah: Ya, itu apa yang disebut-sebut, tetapi saya masih ada sedikit keraguan kerana baginda perlu dilihat dan menerima saya memohon mengadap untuk menjelaskan duduk perkara kepada baginda.

Sehingga kini saya belum pernah mengadap baginda secara langsung.
Malaysiakini

Wawancara dijalankan oleh Ahmad Fadli KC, Aidila Razak dan Kow Gah Chie.






No comments:

Post a Comment