Tuesday, August 26, 2014

Ribuan Penduduk dan Tentera Nigeria Lari ke Kamerun Kerana Diserang Boko Haram


utusan malaysia terkini

Ribuan Penduduk dan Tentera Nigeria Lari ke Kamerun Kerana Diserang Boko Haram


indah.com

Ribuan Penduduk dan Tentera Nigeria Lari ke Kamerun Kerana Diserang Boko Haram

Selasa, 26/08/2014
 
 Foto: AFP
Abuja, - Ribuan orang lari dari Nigeria ke negara jiran Kamerun untuk menyelamatkan diri dari serangan kelompok militan Boko Haram. Mereka yang lari bukan hanya warga awam namun juga para tentera Nigeria.

Serangan tersebut terjadi di Gamboru Ngala, kota perbatasan di Nigeria timur laut pada Isnin, 25 Ogos waktu setempat. Kota tersebut nyaris hancur keseluruhan dalam serangan mematikan yang dilancarkan Boko Haram pada Mei lalu. Hampir  300 orang telah meninggal.

Menurut sumber kselamatan Nigeria seperti dilansir kantor berita AFP, Selasa (26/8/2014), ribuan orang melarikan diri ke kota Fotokol di wilayah Kamerun utara. Di antara mereka termasuk sekitar 500 tentera Nigeria yang telah meninggalkan pos-pos mereka sejak Ahad, 24 Ogos.

"Sekitar 500 tentera Nigeria berlindung di utara (Kamerun) sejak Ahad," kata seorang polis . "Mereka melarikan diri kerana takut akan serangan Boko Haram," imbuhnya.

Menurut sejumlah warga yang telah lari ke Fotokol, para militan Boko Haram kini telah menguasai kota mereka.

"Boko Haram kini menguasai Gamboru Ngala. Mereka telah menguasai kem tentera   Harmony, balai polis  dan barak-barak bea cukai dekat perbatasan," kata Idris Gwoni, seorang warga Nigeria yang telah lari ke Fotokol.

"Mereka mendapatkan perlawanan sengit dari militer, yang terlibat baku tembak selama beberapa jam, namun para tentera ditaklukkan dan terpaksa lari ke Kamerun," imbuhnya.

Menurut Gwoni, para militan Boko Haram tidak mengganggu warga awam yang masih bertahan dan mengizinkan mereka untuk tetap tinggal atau pergi. "Saya memutuskan untuk pergi kerana saya tak   mempercayai Boko Haram," tanmbahnya.
sumber:detikNews






No comments:

Post a Comment