utusan malaysia terkini
Perjanjian air S'gor akan dikuat kuasa
indah.com
Perjanjian air S'gor akan dikuat kuasa
27 Aug 2014
Perjanjian Penstrukturan Semula Konsesi Air di Selangor bakal dimeterai tidak lama lagi kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri besar Selangor itu turut mengesahkan perjanjian itu sekiranya ditandatangani kelak akan dikuatkuasakan dengan sepenuhnya walaupun beliau bukan lagi menteri besar.
"Semua perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan akan dikuatkuasakan," kata beliau dalam sidang media mesyuarat Exco hari ini.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Selangor pada 2 Ogos lalu menandatangani perjanjian dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.
Perjanjian tersebut ditandatangani Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan persekutuan.
Perjanjian berkenaan adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari berkaitan pembinaan loji rawatan di Hulu Langat Selangor.
Jumpa menteri petang ini
Sementara itu Khalid mendedahkan beliau akan menemui Ongkili petang ini bagi membincang keputusan terakhir ketiga-kiga syarikat konsesi yang bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.
Ketiga-tiga syarikat itu iaitu, Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)dan Konsortium Abbass Sdn Bhd (Abbas) telah pun bersetuju dengan tawaran yang diterima tetapi belum menandatangani perjanjian hitam putih untuk diserahkan di bawah pentadbiran baru.
Satu lagi iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) pula menolak tawaran tersebut.
"Kita membincangkan tiga syarikat konsesi yang telah terima tawaran dan bincangkan langkah mengambil alih Splash mengikut WSIA (Akta Perkhidmaran dan Insdustri Air).
Pengambilalihan itu kemudiannya diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat milik penuh kerajaan Selangor.
Sebelum ini Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) berkata Perjanjian dasar induk penstrukturan semula air Selangor tidak akan terjejas walaupun tanpa penyertaan Splash.
Bernama pada 5 Ogos melaporkan Ketua Pegawai Eksekuti PAAB, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, Splash hanya menguruskan satu loji rawatan air berbanding Puncak Niaga Holdings Bhd yang menguruskan 27 loji rawatan, manakala SYABAS pula menyalurkan air ke semua kawasan di Selangor. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment