Tuesday, August 26, 2014

Jangan tergesa-gesa pecat 4,000 kakitangan MAS


utusan malaysia terkini

Jangan tergesa-gesa pecat 4,000 kakitangan MAS


indah.com

Jangan tergesa-gesa pecat 4,000 kakitangan MAS

SALMIYAH HARUN | 26 Ogos 2014.
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran tidak tergesa-gesa mengambil langkah memecat 3,000 hingga 4,000 kakitangan MAS bagi menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, nasib dan masa depan kakitangan MAS menjadi pekara penting untuk dipertimbangkan selepas dua tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 baru-baru ini.

"Janganlah mereka menjadi mangsa, sudahlah kebajikan mereka sebelum ini dinafikan apatah lagi selepas kejadian malang yang menimpa dua pesawat mereka, kita berharap mereka dapat diberi pembelaan sewajarnya," katanya ketika ditemui.

Ekoran itu, Salahuddin turut mencadangkan kerajaan agar melantik konsultan yang benar-benar profesional serta bebas untuk melihat kembali penstrukturan semula MAS.

Malah katanya, banyak faktor penting yang wajar dipertimbangkan memandangkan MAS adalah sebuah syarikat penerbangan negara di mana ianya melibatkan kredibiliti serta kebajikan kakitangannya.

"Saya harap kerajaan melalui Khazanah Nasional tidak perlu tergesa-gesa untuk mengenakan tindakan dengan memecat kakitangan MAS.

"Perlu ada satu majlis forum dan konsultasi ditubuhkan supaya biarlah pandangan dari kalangan profesional dan bebas dapat dikemukakan, kemudian barulah kerajaan dapat mempertimbangkan dan membuat jalan penyelesaian terbaik untuk masa depan MAS dan kakitangan mereka," katanya.

Pelabur milik negara Khazanah Nasional akan menawarkan 27 sen bagi setiap saham dalam syarikat itu yang tidak memiliki, berjumlah hampir RM1.4 bilion bagi pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan  bermasalah itu.

Khazanah, yang memiliki 69.37% saham daripada MAS, akan menjalankan kajian semula yang komprehensif dan penyusunan semula syarikat penerbangan itu, yang mengalami dua bencana pesawat pada tahun ini. - HARAKAHDAILY 26/8/2014






No comments:

Post a Comment