Sunday, August 24, 2014

Anwar tidak pernah melupakan jasa Presiden PAS dan Parti PAS


utusan malaysia terkini

Anwar tidak pernah melupakan jasa Presiden PAS dan Parti PAS


indah.com

Anwar tidak pernah melupakan jasa Presiden PAS dan Parti PAS

MUHAMMAD FAIZAL | 24 Ogos 2014.
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau tidak pernah melupakan jasa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan PAS yang banyak berjasa dalam perjuangan Pakatan Rakyat sekarang.

Katanya, setiap ahli parti PKR tidak perlu memencil atau meminggirkan kepentingan rakan khususnya PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Apabila kita suarakan pendapat akan ada yang melenting, tapi hanya bebrapa kerat sahaja, kita hargai peranan PAS dan banyak sumbangan mereka di alam Pakatan Rakyat.

"Kita benarkan mereka luahkan pendapat masing-masing, PAS telah membuktikan semangat setiakawan dan saya secara peribadi tidak pernah melupakan jasa mereka," jelas beliau ketika berucap pada Amanat Ketua Umum sempena Kongres Nasional PKR Ke-10 di Stadium Malawati Shah Alam hari ini

Ketua Pembangkang itu juga turut menekankan setiap pandangan mahupun kritikan yang diberikan harus berdasarkan kepada fakta bukannya fitnah.

"Kalau hendak beri pandangan atau kritikan harus berdasarkan fakta dan bukannya fitnah.

"Kita masih lagi boleh menerima pandangan tersebut, tetapi jika fitnah yang dilemparkan parti tidak akan berkompromi dengan individu tersebut.

"Kita perlu ketepikan soal hasad dengki dan cemburu, bekerja dengan lebih kuat untuk parti dalam kita berusaha memperkasakan pakatan yang ada sekarang," sambung beliau.

Beliau yang menegaskan perjuangan yang ada sekarang bukan lagi untuk mempertahankan dirinya yang berhadapan dengan fitnah liwat sebaliknya perjuangan yang menentang rasuah, pencabulan demokrasi dan mengembalikan hak rakyat.

Ahli Parlimen Pematang Pauh itu juga turut meminta agar semua pihak khususnya ahli parti tidak terus menyerang peribadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sehinggu menyinggung perasaan beliau dan berharap proses peralihan akan berlaku dengan baik tanpa sebarang kesulitan. – HARAKAHDAILY 24/8/2014






No comments:

Post a Comment