utusan malaysia terkini
Sudah tiba masa MAS berubah
indah.com
Sudah tiba masa MAS berubah
JOHOR BAHRU – Sudah tiba masanya syarikat penerbangan negara, MAS melakukan transformasi khusus dari segi pentadbiran.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, dalam aspek pentadbiran, MAS perlu mengambil kira untuk menghentikan hidangan beralkohol dan menukar pakaian kru seperti yang dituntut Islam.
“Arak adalah sesuatu yang ditegah oleh Islam. Sewajarnya minuman itu tidak dihidangkan. Secara peribadi saya amat berbesar hati malah, saya turut tabik sekiranya pengurusan MAS membuat perubahan seperti dicadangkan.
“Dari aspek menutup aurat, ia adalah perintah ALLAH dan ada rahsia di sebalik suruhan itu dalam kehidupan termasuk menjalankan perniagaan, kita mahukan keberkatannya,” katanya.
Nooh berkata, MAS juga disarankan untuk melihat polisi tanpa alkohol dan pakaian mengikut syariat seperti yang diaplikasikan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa lain.
“Mengikut hadis, arak itu adalah penghulu segala maksiat dan dosa. Justeru saya sokong hidangan itu tidak lagi berada dalam MAS,” katanya.

No comments:
Post a Comment