Wednesday, August 20, 2014

Jangan ragui semangat setiakawan Pas


utusan malaysia terkini

Jangan ragui semangat setiakawan Pas


indah.com

Jangan ragui semangat setiakawan Pas

sinarharian
Zaidy  Zaidy
SHAH ALAM – Rakan-rakan pimpinan dalam Pakatan Rakyat harus lebih menghormati Pas dalam mencapai persetujuan bersama demi memelihara hubungan perikatan itu.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata,  kesetiaan Pas dalam perikatan itu haruslah diperkukuh dari semasa ke semasa bagi mendepani cubaan pihak lawan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

“Toleransi dalam tindakan ini menjadi asas utama dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan agenda murni rakyat Selangor.

“Sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen Pas adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama Pas sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Pas baru-baru ini melalui mesyuarat Pas Pusat mencalonkan dua nama pemimpin PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Terdahulu, Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat menjelaskan bahawa keengganan Pas menamakan calon daripada parti itu adalah untuk membuktikan Pas kekal menyokong kepimpinan PR dalam mentadbir negeri Selangor.
 
"Pas boleh sahaja mengemukakan nama (bagi jawatan menteri besar) dari ahli partinya sendiri sebagai alternatif kepada Wan Azizah, namun atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, keputusan itu tidak mungkin dibuat Pas.
 
"Sebaliknya atas pertimbangan tersebut, Pas mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali (selepas Wan Azizah) sebagai alternatif," katanya dalam kenyataan.

Zaidy dalam pada itu turut menyeru semua pihak pimpinan untuk menumpukan usaha dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita perlu menumpukan gerak kerja berkhidmat kepada rakyat daripada terlampau berpolitik. Rakyat sudah semakin muak dengan permasalahan politik yang bagai tiada penghujungnya.

“Kurangkan ketegangan, rapatkan saf dan jangan terus menyalahkan dan mempertikaikan kesetiaan Pas dan rakan komponen PR yang lain apatah lagi melakukannya dalam keadaan yang terbuka,” katanya lagi.






No comments:

Post a Comment