Wednesday, June 4, 2014

Pelayar Britain dakwa nampak MH370 terbakar, api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul


utusan malaysia terkini

Pelayar Britain dakwa nampak MH370 terbakar, api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul


indah.com

Pelayar Britain dakwa nampak MH370 terbakar, api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul

4/6/14
Pelayar Britain dakwa nampak MH370KUALA LUMPUR: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit.
Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.

Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.

Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.

Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.

Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu.

“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times.

Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.

Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.

Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.

“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.

“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.

Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan pesawat yang terbakar itu.

“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi normal. Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita Tee lagi.

Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan sebelumi ini.

Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai datang dari kotak hitam pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan pesawat MH370 hilang.

ASTRO AWANI
-------------------------------------

PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

Katherine Tee , 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti menjadi gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."

Ketika kejadian, Tee sedang dalam pelayaran dari India ke Phuket. Turut sama belayar, suaminya, Marc Horn, 50. Tambah Tee, dia tidak memberitahu suaminya selepas melihat kejadian itu.

Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
KERENGGA/SINARHARIAN






No comments:

Post a Comment